Bintang Siri Popular ‘Breaking Bad’, Giancarlo Esposito Dilaporkan Telah Peluk Islam

Legend ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Blackpast & HR

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bintang Hollywood, Giancarlo Esposito dilaporkan telah memeluk Islam susulan lawatan ke Arab Saudi

Menerusi laporan Saudi Gazette, pelakon yang terkenal dengan rancangan siri televisyen 'Breaking Bad' dan 'The Boys' itu telah mengucap dua kalimah syahadah selepas mengenali Islam ketika berada di Arab Saudi, kata Pengerusi Pihak Berkuasa Hiburan Am Arab Saudi Turki, Al-Sheikh.

Menurut Al-Sheikh, Esposito turut dilihat menyertai solat berjemaah bersama pasukan kru produksi filem di sebuah masjid di Maghribi.

Esposito merupakan seorang pelakon ternama yang membina kerjaya dalam industri filem dan televisyen selama beberapa dekad dan turut dikenali menerusi lakonannya dalam 'Better Call Saul', 'The Mandalorian' dan beberapa produksi lain.

Terbuka hati setelah terima pengalaman yang baik di Arab Saudi

Keputusan pelakon itu difahamkan dibuat selepas beliau melalui pengalaman positif sepanjang berada di Arab Saudi serta berinteraksi dengan umat Islam ketika terlibat dalam sebuah produksi di negara berkenaan.

Esposito turut menyatakan penghargaan terhadap masyarakat setempat dan layanan mesra yang diterimanya semasa penggambaran.

Esposito kini terlibat dalam penggambaran Seven Dogs, satu daripada beberapa produksi utama yang sedang dibangunkan ketika Arab Saudi memperluas sektor hiburan dan perfilemannya serta berusaha menarik lebih banyak produksi dan bakat antarabangsa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: