BMAI Malaysia Perkenal GCARBON TURBO 4, Kasut Perlumbaan Marathon Berplat Karbon Flagship
Kasut ini direka khas untuk membantu pelari mencapai catatan peribadi terbaik (personal best – PB).
Cover image via BMAI MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama larian profesional, BMAI baru-baru ini mengumumkan pelancaran rasmi BMAI GCARBON TURBO 4, kasut perlumbaan marathon berplat karbon flagship terbaharu yang direka khas untuk membantu pelari mencapai catatan peribadi terbaik (personal best – PB)
Membawa konsep "Speed That Flows, Bounce That Lasts", kasut ini menggabungkan pelbagai teknologi berprestasi tinggi untuk memberikan keseimbangan antara kelajuan, daya tolakan, kestabilan, keselesaan dan cengkaman.
GCARBON TURBO 4 disasarkan terutamanya buat pelari berpengalaman yang menyasarkan masa marathon bawah 3 jam 30 minit (sub-3:30), pelari kompetitif, serta untuk kegunaan latihan pada rentak perlumbaan.
Komponen utama kasut ini menampilkan plat karbon penuh T1000 iaitu peningkatan daripada plat T700 pada keluaran sebelum ini yang direka untuk menghasilkan daya tolakan lebih responsif. Ia dilengkapkan dengan busa superkritikal nilon BoomMAX Evonik yang dinaik taraf serta tapak tengah yang lebih lebar (dilebarkan 4mm di bahagian hadapan dan 6mm di bahagian tengah) bagi memberikan asas pendaratan yang lebih stabil dan pemindahan tenaga yang lancar.

Ketua BMAI Malaysia, Hunter Wang berkata, "GCARBON TURBO 4 merupakan kasut perlumbaan marathon berplat karbon flagship kami yang dibangunkan dengan matlamat utama untuk membantu pelari mencapai catatan peribadi terbaik mereka.
Kami mahu memberikan sokongan yang lebih baik kepada pelari supaya mereka dapat mengekalkan langkah yang stable, semula jadi, dan terkawal ketika mengejar pencapaian terbaik seterusnya."
Ciri inovasi, penglibatan komuniti dan harga pelancaran
BMAI GCARBON TURBO 4 direka berdasarkan maklum balas dan keperluan komuniti larian menerusi pelbagai spesifikasi serta program sokongan:
- Spesifikasi & Reka Bentuk: Dilengkapi lidah kasut satu bahagian yang fleksibel, bahagian atas woven mesh yang memberikan pengudaraan optimum, serta tapak luar Cast PU untuk cengkaman mantap di permukaan basah dan kering. Kasut ini mempunyai berat kira-kira 135g bagi saiz 37 dan 172g bagi saiz 41, dengan drop 4.5mm.
- Kerjasama Atlet & Program "Road to KLSCM": BMAI Malaysia kini bekerjasama dengan 12 atlet tempatan termasuk Mohd Harmini Bin Ahmad (juara Veteran 10KM Malaysia Marathon), CheNora Ismail, Arun Nadarajah, dan Qamarul Haziq Helmy. BMAI turut memperkenalkan "Road to KLSCM" PB Program yang menghimpunkan 30 atlet elit, pencipta kandungan, dan pelari komuniti untuk menguji prestasi kasut di Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon.
- Peluasan Rangkaian BMAI Runner House: BMAI kini beroperasi di tiga lokasi iaitu Kepong, Setapak, dan Seberang Jaya, serta merancang perluasan ke Johor Bahru dan Pantai Timur. Syarikat turut menyasarkan kerjasama bersama 200 kelab larian di seluruh negara dan menyediakan Elite Athlete Program yang menawarkan sumber latihan serta kem latihan khas di China.
- Harga & Promosi Pelancaran: BMAI GCARBON TURBO 4 ditawarkan pada harga runcit rasmi RM629. Sempena bulan pertama pelancaran, ia boleh didapati pada harga promosi RM499 di kedai dalam talian rasmi dan peruncit sah. Pembelian pada minggu pertama menerusi Shopee atau TikTok rasmi BMAI Malaysia bakal menerima stokin larian BMAI percuma bernilai RM39.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


