seismik

BN Janji Beg Plastik Percuma Jika Tawan Selangor Kembali Pada PRU 14

Pekedai mungkin diwajibkan membayar 20 sen kepada pelanggan yang bawa beg plastik sendiri.

Cover image via Section Hiker

Baru-baru ini, Pengerusi UMNO, Tan Sri Noh Omar menyatakan Barisan Nasional telah bersedia untuk mengkaji semula dasar penggunaan beg plastik sekiranya berjaya menawan kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

Memetik laporan Sinar Harian, beliau menjelaskan bahawa dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor itu hanya menyusahkan rakyat dengan mengenakan caj beg plastik sebanyak 20 sen.

"Setiap kali membeli barangan, pembeli dikenakan caj 20 sen sekiranya ingin mendapatkan beg plastik. Malah, caj ini tidak termasuk dalam resit pembeli dan ia menimbulkan tanda tanya ke mana perginya duit itu," tambahnya.

Image via Sinar Harian

Beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pihak pasar raya dan peniaga perlu memainkan peranan bersama dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik.

Tambah beliau lagi, peniaga seharusnya memberi 20 sen kepada pembeli yang membawa beg sendiri dari rumah dan tidak mengenakan caj itu kepada pelanggan

Secara tidak langsung melalui cara ini, ia akan memberi kesedaran kepada pembeli betapa bahayanya beg plastik yang menjadi penyebab pencemaran alam sekitar. Beliau juga menjelaskan denda 20 sen sahaja tidak akan berjaya.


Image via Bloomberg View

Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Satim Diman pula berkata, BN Selangor berjanji tidak akan mengenakan caj beg plastik itu sekiranya menang di Selangor pada PRU 14 akan datang

"Ini salah satu manifesto kerajaan BN. Dapat balik kerajaan BN Selangor, semua tak payah bayar lagi plastik. Mahu tak mahu?" katanya lagi.

Memetik laporan dari MalaysiaKini yang disiarkan 18 Februari 2018, beliau turut mencabar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali supaya membina kilang plastiknya sendiri tanpa mengenakan caj tambahan 20 sen kepada penduduk Selangor.

Image via Sinar Harian

"Kalau betul dia (Azmin) menjaga kebajikan anak muda, dia bukalah kilang dekat sini dan kalau saya dekat sini (Sg Pelek), saya buka kilang plastik.

"Kilang plastik kepunyaan kerajaan negeri Selangor, jadi kita pergi kedai tak payah beli plastik. Ini sudah beli barang, ditanya pula nak beli plastik atau tidak. Kalau mahu, 20 sen. Apa punya kerajaan ini?

"Sepatutnya dia tak payah caj 20 sen. Dia bina saja kilang dan beri percuma itu plastik. Inilah kerajaan Pakatan Harapan, mahu pilih lagi?" katanya lagi.

Tonton video penuh kenyataan Datuk Satim Diman di bawah:

Apa pendapat anda tentang kenyataan Datuk Satim Diman & Tan Sri Noh Omar? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pasaran kerja di Malaysia sekarang tidak dapat memadankan graduan terlatih dengan kerja yang sesuai.

Beri limau pun boleh dikira sebagai rasuah sekarang.

You may be interested in: