Boleh Ke Bos ‘Reject’ Cuti Tahunan Atau AL Anda? Ini Penjelasan Menurut Undang-Undang
Take note!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti yang kita semua ambil maklum, undang-undang pekerjaan di Malaysia memberi hak yang sah untuk pekerja mendapatkan cuti tahunan
Tidak kiralah anda merancang untuk pulang ke kampung mahupun bercuti bersama keluarga, anda berhak untuk mendapatkannya.
Tetapi, pernahkah anda tertanya-tanya sama ada majikan boleh memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak cuti tahunan anda?

Gambar sekadar hiasan.
Image via JobstreetAkta Pekerjaan menyatakan bahawa cuti tahunan hendaklah diberikan pada masa yang bersesuaian dengan majikan
Ini bermakna majikan dibenarkan secara sah untuk menguruskan jadual cuti bagi memastikan perniagaan dapat terus beroperasi dengan lancar.
Contohnya, majikan anda mungkin menolak atau menangguhkan cuti anda jika:
- Terlalu ramai rakan sekerja telah memohon untuk tarikh yang sama
- Perniagaan sedang memasuki tempoh puncak, seperti jualan perayaan atau laporan akhir tahun
- Ketiadaan anda akan mengganggu operasi dengan ketara
- Anda gagal mematuhi prosedur permohonan cuti atau keperluan notis syarikat
Inilah sebabnya kenapa banyak organisasi mengalami tempoh tergendala semasa projek besar atau musim yang sibuk.

Gambar sekadar hiasan.
Image via SyntechWalaupun majikan mempunyai fleksibiliti dalam penjadualan, mereka tidak boleh menolak permohonan cuti tahunan pekerja begitu sahaja
Majikan harus memastikan pekerja dapat mengambil cuti yang berhak mereka terima dalam tempoh yang dibenarkan oleh undang-undang, bukannya berulang kali menolak setiap permintaan tanpa penjelasan yang munasabah.
Begitu juga, pekerja tidak boleh mengambil cuti melebihi cuti minimum yang tersedia.
Jika adanya persetujuan secara bertulis, pekerja boleh mendapat bayaran sebagai ganti cuti tahunan jika majikan meminta mereka untuk tidak mengambil cuti.
Untuk situasi penamatan pekerjaan, sebarang cuti tahunan yang terkumpul tetapi tidak digunakan juga mesti dibayar.

Gambar sekadar hiasan.
Image via HR OnlineJika majikan sentiasa menolak permohonan cuti tahunan anda, berikut adalah perkara yang anda boleh lakukan:
Mulakan dengan menyemak:
- Kontrak pekerjaan anda
- Polisi cuti syarikat atau panduan pekerja
- Sebarang alasan bertulis yang diberikan untuk penolakan tersebut
Ianya juga lebih membantu jika anda membangkitkan perkara ini dengan HR terlebih dahulu. Simpan salinan permohonan cuti anda dan sebarang jawapan yang diterima.
Jika isu masih belum dapat diselesaikan dan anda percaya hak anda telah dinafikan, anda boleh mendapatkan nasihat daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia atau jabatan negeri tempatan anda.
Kesimpulannya, majikan boleh menolak permohonan tarikh cuti pilihan anda secara sah hanya jika terdapat sebab operasi yang wajar perlu dijalankan untuk berbuat demikian.
Apa yang mereka tidak boleh lakukan ialah menolak cuti tahunan statutori anda selama-lamanya atau menganggapnya sebagai faedah pekerja pilihan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via