seismik

“Boleh Kena Sawan” – Doktor Ini Dedah Risiko Letak Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam

Apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik.

Cover image via Pa&Ma & @klinikttdi_sgbesi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menjadi tabiat sesetengah ibu bapa yang akan ‘tepek’ tuala basah di atas kepala anak ketika suhu badan mereka meningkat dan demam

Namun, tahukah anda tindakan menuam kepala dengan tuala basah adalah bahaya dilakukan kerana boleh mengundang risiko sawan.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Mansor Ramli menjelaskan tentang cara dan kaedah jerlum kepada anak-anak dengan betul ketika demam.

Selain itu, beliau turut menerangkan dalam bentuk analogi seperti situasi periuk nasi yang memiliki haba di bahagian bawah penutup.

“Sama macam periuk nasi dan dalam situasi tuala basah ini, haba di bawah tuala akan terus terperangkap dan rasa panas itu umpama gagal dilepaskan.

“Boleh lakukan cara lain termasuk sapukan air secara terus ke kepala, leher dan juga ketiak, elakkan air terkena di tangan atau kaki supaya anak-anak tidak menggigil,” katanya.

"Apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik" - Dr. Mansor Ramli

Jelasnya, kaedah menggunakan tuala basah pada kepala anak boleh menghalang haba keluar dan apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan anak-anak terkena sawan.

“Apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik.

“Jadi, mak-mak kena jerlum air pada kepala anak setiap lima minit hanya menggunakan tangan,” katanya lagi.

Tambah beliau, selalunya kaedah menggunakan tuala basah ini tidak bertahan lama dan sering ditepis serta dibuang oleh anak-anak kerana mereka kurang selesa.

“Paling berkesan untuk keluarkan haba panas dari badan adalah dengan ‘jerlum’ air di kepala anak guna tangan, sudah tentu anak tak boleh tepis,” ujarnya.

Tonton video penuh penjelasan beliau di bawah:

"Dulu pakai cara ini lah sebelum adanya kool fever" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen seperti baru tahu tentang kesan sampingan kaedah tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada doktor berkenaan atas tips yang dikongsikan beliau.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih lebih 666.1K views, 29.3K likes dan 685 comments di TikTok.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di TikTok:

Terima kasih doktor atas perkongsian ilmu dan tips bermanfaat ini. Take note ya parents!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: