[RASMI] Pelancong Di Luar Negara Kini Boleh Melancong Ke Australia Mulai 21 Februari Ini
Let's go travel guys!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Australia akan membuka semula sempadannya kepada pelancong luar bermula 21 Februari ini
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri Australia, Scott Morrison hari ini, ia sekali gus menamatkan antara sekatan perjalanan paling ketat dan paling lama di dunia sepanjang tempoh pandemik.
“Kini hampir dua tahun sejak kami membuat keputusan untuk menutup sempadan Australia.
“Sekiranya anda lengkap divaksin sebanyak dua kali, kami mengalu-alukan kedatangan semula anda ke Australia,” kata Morrison sambil mengumumkan bahawa sempadan negara itu akan dibuka semula kepada semua pemegang visa pada 21 Februari tahun ini.
Pelabuhan dan lapangan terbang negara itu ditutup kepada pelancong pada Mac 2020 dengan bertujuan untuk melindungi pulau benua tersebut daripada lonjakan kes pandemik global.
Terdahulu, kerajaan Australia mengadakan satu mesyuarat bagi memutuskan perkara tersebut, demikian menurut portal berita MailOnline.
Keutamaan akan diberikan kepada pelancong dan pelawat perniagaan yang telah menerima vaksinasi lengkap Covid-19
“Kami telah melaksanakan proses-proses bagi bersiap sedia dalam membuka kembali sempadan negara.
“Kerajaan juga akan terus berbincang dengan pakar-pakar kesihatan, dan sebaik sahaja mereka bersetuju, pintu sempadan negara akan dibuka kembali kepada pelancong,” kata Menteri Dalam Negeri Australia, Karen Andrews.
Sebelum ini, penduduk Australia yang telah divaksin dibenarkan keluar dari negara itu sejak 1 November lepas, manakala pekerja asing berkemahiran dan pelajar antarabangsa turut diterima masuk pada pertengahan Disember 2021.
Dengan bilangan kes Covid-19 di Australia dan negara-negara lain yang semakin berkurang, kerajaan negara itu kini memberi fokus untuk merancakkan kembali sektor pelancongan.
“Kerajaan sedar bahawa ekonomi negara ini terus tertekan termasuk sektor penting seperti pelancongan.
“Sama seperti pengendali perkhidmatan pelancongan di seluruh negara, kami ingin melihat pelancong luar kembali ke negara ini sebaik sahaja situasi disahkan selamat,” ujar Andrews.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!