SOP Pemeriksaan Suhu Badan & Buku Rekod 'Check-In' Bakal Dimansuhkan Mulai 11 Februari Ini
Daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pemeriksaan suhu badan dan buku rekod ‘check in’ atau daftar masuk akan dimansuhkan bermula 11 Februari ini
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dengan pemansuhan ini, pihak pemilik premis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu-pintu masuk premis.
Begitupun, daftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.
“Walaubagaimanapun, sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod ‘check in’ ini, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya,” katanya.
Daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa
"Kalau baca buku rekod sekarang ini macam-macam conteng mereka buat.
"Ini tidak menggambarkan keadaan sebernarnya. Jadi kita lihat ke hadapan, lebih baik kita tumpukan kepada tujuh tonggak (bagi pendekatan fasa peralihan ke endemik).
"Kalau kita masih lagi berada dalam takuk terdahulu, tetapi pada masa yang sama kita nak lihat ke hadapan dengan pendekatan baru, akhirnya orang akan keliru. Jadi isu buku dan suhu itu tidak menjadi pertimbangan kita lagi," katanya.
Menurutnya, perkara itu turut terangkum di dalam tujuh tonggak di dalam perancangan menuju endemik itu yang membabitkan disiplin diri.
"Jika tiada kepatuhan, ia akan menyebabkan jumlah positif naik dan jika ia naik sudah tentu akan membawa kesan kepada hospital dan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU). Akhirnya kita kena perketatkan SOP, tak boleh salahkan kerajaan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!