seismik

Lelaki Ini Cuba Terjun Bangunan Selepas 'Teman Wanita' Tidak Mahu Angkat Panggilan Telefon

Mujur berjaya dipujuk oleh keluarga dan pihak bomba.

Cover image via Utusan Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hanya kerana teman wanita tidak menjawab panggilan telefon, seorang lelaki nekad bunuh diri dengan cuba terjun dari tingkat 18 dekat sebuah apartment di Jalan Sastera U2/1 Shah Alam, Selangor awal pagi tadi

Menurut laporan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.30 pagi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

“Tujuh anggota dan pegawai daripada balai bomba dan penyelamat Kota Anggerik terlibat dalam operasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota saya mendapati seorang lelaki berumur 27 tahun sudah berada di bumbung apartment berkenaan yang terletak di tingkat 18,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis.

Image via Sinar Harian

Anggota bomba telah memasang kusyen udara di tingkat bawah sebagai persediaan sekiranya lelaki berkenaan nekad terjun ke bawah

Jelas Norazam lagi, pihaknya bersama adik dan bekas isteri lelaki itu telah memujuknya selama empat jam supaya dia membatalkan niatnya itu, malah mangsa sebelum ini juga dikatakan pernah melakukan perkara sama di Pulau Pinang akibat masalah lain.

“Alhamdulillah akhirnya mangsa berjaya dipujuk dan membatalkan niatnya,” ujarnya.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, satu lagi cubaan bunuh diri berjaya dipatahkan pihak JBPM Selangor apabila seorang wanita berusia 22 tahun diselamatkan daripada terjun dari tingkat 12 sebuah kondominium di Pandan, Ampang.

Menurut Norazam, ketika pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan tiba, wanita berkenaan sedang berdiri dekat kawasan koridor sebelum berjaya dipujuk anggota dalam kejadian pada pukul 4.37 pagi.

“Mangsa berjaya dipujuk oleh bomba dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: