Bomba Tempuh Perjalanan 59KM Demi Selamatkan Ustaz Wadi Annuar & Mangsa Kemalangan

Difahamkan, kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Timur-Barat melibatkan tiga kenderaan, iaitu Perodua Myvi, Perodua Bezza dan Toyota Vellfire.

Cover ImageCover image via Harian Metro & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa menempuh perjalanan sejauh 59 kilometer bagi menjalankan operasi menyelamat selepas kemalangan membabitkan pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar dan beberapa mangsa lain di Gerik, Perak, awal pagi tadi

Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Timur-Barat itu melibatkan tiga kenderaan, iaitu Perodua Myvi, Perodua Bezza dan Toyota Vellfire.

Menurut laporan Harian Metro, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 2.40 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi bagi membantu mangsa yang terlibat.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata kemalangan itu menyebabkan beberapa individu mengalami kecederaan, termasuk seorang mangsa yang tersepit di bahagian hadapan Perodua Myvi.

Pemandu Myvi berusia 24 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah, manakala penumpang lelaki berusia 25 tahun tersepit. Seorang lagi penumpang berusia 24 tahun mengalami kecederaan ringan.

Dalam pada itu, dua daripada empat individu yang menaiki Toyota Vellfire turut cedera

Kesemua mereka berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

Tiga individu yang menaiki Perodua Bezza pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ustaz Wadi, yang berada di tempat duduk belakang Toyota Vellfire ketika kejadian, mengalami kecederaan pada bahagian rusuk. Bagaimanapun, keadaannya dilaporkan stabil dan beliau sudah dibenarkan keluar dari Hospital Gerik.

Menurut sukarelawan Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Mohd Amir Faizal Mohd Zaki, pendakwah itu dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah, menuju ke Terengganu bagi menghadiri satu program.

Pemandu Myvi dan dua mangsa cedera dari Toyota Vellfire kemudian dibawa ke Hospital Gerik menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Operasi menyelamat itu melibatkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta sebuah lori. Operasi berkenaan ditamatkan pada jam 4.39 pagi.

Lihat posting di bawah:

SAYS.com
Image via Ustaz Wadi Annuar

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: