Bosan Di Rumah? Ini 5 Aktiviti Outdoor Menarik Yang Anda Boleh Lakukan Bersama Tersayang!
Confirm tak bosan hari-hari anda.
Tidak dinafikan, ramai yang selesa dan terbiasa duduk di rumah akibat pandemik yang melanda sejak beberapa tahun lepas
Bagi sesetengah orang, duduk di rumah juga boleh meluangkan masa dengan keluarga, anak-anak dan rakan-rakan. Antaranya, menonton Netflix dan bermain board games di rumah.
Namun tahukah anda, sebenarnya kita digalakkan untuk keluar bersiar-siar supaya badan sentiasa cergas dan lebih bertenaga. Taklah lesu saja sepanjang hari kan?
1. Brisk walking di taman atau sekeliling taman perumahan
Ramai yang teringin nak workout tapi tak mampu nak angkat berat atau tak tahu cara yang betul bukan? Tidak mengapa kerana dengan cara senaman seperti brisk walking juga boleh mendatangkan pelbagai manfaat.
Ia merupakan aktiviti berjalan dengan cepat dan dilakukan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat. Senaman ini mempunyai risiko kecederaan yang rendah dah juga tidak memerlukan kos.
Antara faedah senaman ini adalah mampu menurunkan tekanan darah serta membantu mengurangkan risiko menghidap diabetes. Haa, tunggu apa lagi? Jom brisk walk pagi-pagi atau petang selepas anda selesai kerja.
2. Outdoor painting
Untuk sesiapa yang sukakan melukis dan mewarna, anda boleh membawa peralatan dan mencari inspirasi di taman terdekat. Duduk melukis sambil menikmati pemandangan yang indah, confirm rasa tenang. Idea dan inspirasi pun jadi banyak, dapat hirup udara segar lagi tau!
3. Piknik bersama keluarga dan rakan-rakan
Piknik merupakan salah satu aktiviti yang boleh mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama keluarga atau rakan-rakan. Iyalah, semua bekerjasama menyediakan makanan untuk dibawa ke tempat piknik.
Selalunya, kita akan memilih tempat seperti taman rekreasi atau dataran untuk berpiknik supaya tempatnya selesa dan dapat memuatkan ramai orang.
4. Pet walk time!
Bagi pemilik haiwan peliharaan seperti kucing, apa kata anda bawa kucing tersayang keluar berjalan-jalan? Bukan kita saja tau yang nak release stress, mereka juga perlu menghirup udara luar setelah seharian berada di rumah.
Hati-hati semasa membawa haiwan peliharaan anda keluar rumah, pastikan tempat tersebut selamat dan sentiasa diikat supaya tidak hilang daripada pengawasan anda.
5. Amalkan gaya hidup sihat seperti joging atau berbasikal
Seperti umum ketahui, lebih ramai telah sedar dan cakna tentang kepentingan gaya hidup sihat. Oleh itu, ramai yang mengambil inisiatif untuk berjoging atau berbasikal di taman perumahan atau di taman rekreasi.
Dengan aktiviti ini, secara langsung kita dapat mengamalkan tubuh badan yang sihat sekaligus dapat mengurangkan stres, anxiety, mental problem kerana terperap di rumah seharian. Tak salah kalau kita keluar untuk mengambil angin!
Tentunya, anda akan rasa lebih bersemangat jika anda boleh lakukan semua aktiviti di atas di satu tempat rekreasi yang selamat!
Jangan risau, tempat sebegitu memang wujud iaitu di Gamuda Cove Central Park.
Paling menarik, Gamuda Cove Central Park ini seluas 60 ekar yang dilengkapi dengan tiga tasik, pelbagai fasiliti dan kemudahan untuk penduduk komuniti sekitar di situ.
Di Gamuda Cove Central Park, anda boleh lakukan semua aktiviti seperti joging, berbasikal, brisk walk, pet walk, piknik bersama tersayang tau! Lebih mengagumkan lagi adalah taman rekreasi ini memang mesra haiwan, ada tempat berlatih juga buat mereka. Memang selamat untuk anda, keluarga, anak-anak dan haiwan tersayang.
Pembinaan taman ini merupakan usaha Gamuda Land melalui Gamuda Parks yang menjanjikan kawasan pembandaran yang lebih baik supaya pemilik hartanah dapat menjalani kehidupan harian lebih terjamin dan selesa kerana akses persekitaran yang baik.
Taman perumahan serba lengkap ini juga terletak di sebelah lebuhraya ELITE. Jaraknya sangat dekat daripada Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Terbaru, Gamuda Land melancarkan perumahan Mio Spring iaitu hartanah 2 tingkat yang mempunyai ukuran lebih 34' x 60'. Lebih menarik lagi, anda boleh memiliki hartanah ini dengan serendah RM3,200 per bulan.
Untuk info lebih lanjut, anda boleh klik sini atau terus ke Gamuda Cove Experience Gallery.
Alamat:
Gamuda Cove Experience Gallery,
Bandar Gamuda Cove, Persiaran Cove Sentral,
Dengkil, Selangor.
Waktu operasi:
10 pagi hingga 6 petang
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!