seismik

Bekas Ubat Batuk Dijadikan Botol Kicap, Bekalan Si Isteri Untuk Suami Ini Cuit Hati Ramai

Haha, terlampau kreatif ni.

Cover image via @akmaljohariejohar (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Para suami mesti akan teruja apabila si isteri menyediakan bekal makanan untuk dibawa ke tempat kerja

Bila dah bawa bekal sedikit sebanyak bolehlah berjimat, betul tak? Malah bukan itu sahaja, masakan di rumah sememangnya kita dah boleh jamin akan keenakan masakannya berbanding di restoran.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial, apabila seorang lelaki unboxing bekal makanan yang dibuat oleh isterinya. Namun, botol letak kicap yang direka oleh isteri pula telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Recycle botol ubat batuk anak dan jadikan botol kicap

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan bekal makanan yang dibuat oleh isterinya.

Apa yang menghiburkan ramai adalah apabila si isteri terlalu kreatif sehingga menggunakan botol ubat batuk anak sebagai pengganti botol kicap.

Situasi itu membuatkan netizen terhibur melihat kreativiti isterinya. Malah, mereka juga meminta lelaki itu untuk pastikan sama ada botol itu berisi kicap atau ubat batuk.

"Nasib baik kicap. Kalau betul-betul ubat batuk, memang lepas makan terus tertidur" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 455K views, 16.3K likes dan 763 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Abang tengok betul-betul, takut itu memang ubat batuk je :P

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: