Brazil Buat Kejutan, Kembali Senaraikan Neymar Untuk Sertai Skuad Ke Piala Dunia

Neymar kembali!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengendali skuad kebangsaan Brazil, Carlo Ancelotti mengesahkan Neymar kembali disenaraikan di dalam senarai pemain ke Piala Dunia

Menerusi laporan Berita Harian, keputusan memanggil semula Neymar dibuat berdasarkan tahap kecergasan dan prestasi semasanya, bukannya atas faktor sentimental, kata Ancelotti.

"Kami menilai Neymar sepanjang tahun ini dan mendapati dia kini bermain dengan lebih konsisten selain tahap fizikalnya semakin baik.

"Dia mempunyai peranan dan tanggungjawab sama seperti pemain lain, tetapi dia juga pemain berpengalaman. Dalam beberapa posisi, kami memang memberi keutamaan kepada pengalaman,"
kata Ancelotti.

Pemain itu sebelum ini menegaskan sudah melakukan persiapan untuk membuktikan dirinya cukup cergas bagi beraksi di Piala Dunia.

Beberapa nama besar tidak dipanggil untuk ke piala dunia

Bagaimanapun, beberapa nama besar terlepas peluang untuk menyertai kejohanan itu akibat kecederaan termasuk Rodrygo, Eder Militao dan Estevao Willian.

Penyerang Chelsea, Joao Pedro serta pemain tengah Andrey Santos juga tidak disenaraikan walaupun pernah dipanggil sebelum ini.

"Sebahagian pemain yang bersama kami sepanjang tahun ini pasti kecewa dengan senarai ini. Saya minta maaf dan berterima kasih kepada semua pemain yang sudah bersama kami," tambah Ancelotti.

Brazil akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Maghribi pada 13 Jun di New Jersey sebelum bertemu Haiti dan Scotland dalam aksi Kumpulan C.

SAYS.com
Image via Reuters

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS