Brïk Sambut Ulang Tahun Ketiga Dengan Koleksi ‘Pattern Play’, Pertama Kali Lancar Pakaian

Semua koleksi comel-comel!

Enlarge text
Cover ImageCover image via brïk

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Daripada sekadar sebuah passion project ketika pandemik, jenama fesyen tempatan brïk kini semakin mencuri perhatian selepas mencatat jualan lebih 100,000 beg!

Diasaskan oleh dua beradik, Sabrina dan Syakira Ridzal, brïk kini memasuki tahun ketiga penubuhan dengan pelancaran koleksi terbaharu dikenali sebagai Pattern Play.

Berbeza dengan koleksi terdahulu yang sinonim dengan warna blok, Pattern Play tampil lebih berani menerusi permainan corak, tekstur, material dan perincian yang lebih ekspresif.

SAYS.com
Image via brïk
SAYS.com
Image via brïkImage via

Koleksi tersebut menampilkan 36 helaian termasuk tiga rekaan beg tangan baharu iaitu Posie, Pixie dan Sundae, selain aksesori seperti pemegang kad Sundae serta dompet Colourblock Compact Pal.

Namun, perkara paling mencuri perhatian ialah pengenalan barisan pakaian pertama brïk menerusi siri Cardi Knit.

Siri berkenaan hadir dengan empat corak iaitu Polka Dots, Script, Stripes dan Pin yang menggabungkan gaya santai dengan elemen fesyen yang lebih menonjol.

SAYS.com
Image via Dania Hamdan (Seismik)

Menurut Sabrina dan Syakira, warna sememangnya menjadi sebahagian daripada identiti brïk dan koleksi kali ini memberi mereka peluang untuk bereksperimen dengan gabungan warna, corak, tekstur serta material baharu

"Warna sentiasa jadi sebahagian daripada DNA brïk. Tahun ni kami nak lebih 'fun' dengan gabungan warna yang lebih berani, corak, tekstur, dan material baru.

"Koleksi Pattern Play ni bagi kami lebih ruang untuk bereksperimen, cuba benda baru, dan berseronok dengan apa yang kami hasilkan,"
katanya.

SAYS.com
Image via brïk
SAYS.com
Image via brïk
SAYS.com
Image via brïkImage via

Sempena ulang tahun ketiga, brïk turut membuka pop-up fizikal buat pertama kali selama dua minggu di APW Bangsar bermula 28 September hingga 11 Oktober 2026.

Beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam setiap hari, ruang tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti, kejutan eksklusif dan menjadi lokasi untuk komuniti kreatif berkumpul.

Menariknya, apabila ditanya mengenai kemungkinan membuka kedai fizikal kekal, kedua-dua pengasas itu tidak menolak kemungkinan berkenaan.

"Dan… manalah tahu kan. Pop-up dua minggu ni pun buatkan kami tertanya-tanya juga macam mana agaknya kalau brïk ada ruang sendiri nanti. Siapa tahu?" katanya.

Bagi peminat brïk, pop-up berkenaan boleh menjadi peluang untuk melihat sendiri koleksi Pattern Play dan barisan pakaian pertama jenama tersebut secara dekat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: