Briskwalk Waktu Pagi Atau Petang, Mana Satu Lebih Baik Untuk Jantung? Ini Jawapan Doktor

Korang prefer briskwalk waktu pagi atau petang?

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & OHBULAN!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau anda sedang cuba amalkan gaya hidup sihat, berjalan kaki antara aktiviti paling mudah untuk dimulakan

Namun ramai yang tertanya-tanya, lebih baik berjalan pada waktu pagi atau petang? Adakah salah satu lebih bagus untuk kesihatan jantung?

Menurut beberapa pakar kesihatan, jawapannya sebenarnya bergantung kepada rutin dan gaya hidup setiap individu.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Pakar kardiologi, Dr Jay Gelbman berkata, berjalan pada waktu pagi membantu memberi permulaan yang lebih positif untuk sepanjang hari

Menurut laporan Prevention, pendedahan kepada cahaya matahari pada waktu pagi juga membantu mengawal ritma sirkadian badan, iaitu 'jam biologi' yang memainkan peranan penting dalam memastikan tidur lebih berkualiti.

Dr Andrei Darabant pula menjelaskan, ramai individu lebih mudah kekal konsisten bersenam apabila melakukannya pada awal pagi sebelum sibuk dengan urusan harian.

Antara manfaat berjalan pada waktu pagi ialah:

  • Memberikan lebih tenaga untuk memulakan hari.
  • Membantu mengurangkan tekanan.
  • Memudahkan pembentukan rutin senaman yang konsisten.
  • Lebih selesa ketika cuaca panas kerana suhu masih rendah.

Jalan waktu petang pula bantu hilangkan stres selepas bekerja

Bagi mereka yang lebih aktif pada waktu petang, berjalan selepas tamat waktu kerja juga mempunyai kelebihannya tersendiri.

Menurut Dr Gelbman, sesetengah individu memang berasa lebih bertenaga pada sebelah petang atau malam.

Dr Darabant turut menjelaskan bahawa berjalan selepas seharian duduk di pejabat dapat membantu badan kembali aktif, mengurangkan tekanan serta memberi ruang untuk berehat secara mental. Malah, berjalan selepas makan malam juga didapati membantu mengawal paras gula dalam darah.

Kajian menunjukkan aktiviti fizikal yang dilakukan sejurus selepas makan lebih berkesan mengurangkan lonjakan gula darah berbanding bersenam sebelum makan atau tidak bergerak langsung.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sukar tidur selepas bersenam, doktor mencadangkan supaya berjalan lebih awal pada waktu petang atau mengurangkan intensiti senaman.

SAYS.com
Image via OHBULAN!

Jadi, mana satu sebenarnya lebih baik?

Menurut Dr Darabant, tiada waktu yang boleh dianggap paling sesuai untuk semua orang. Sebaliknya, perkara paling penting ialah memilih waktu yang mampu dilakukan secara konsisten.

Beliau menegaskan bahawa kekerapan berjalan, tempoh, kelajuan dan disiplin melakukannya dalam jangka panjang jauh lebih penting berbanding memilih sama ada pagi atau petang.

Dr Gelbman turut bersetuju sambil menyatakan bahawa setiap langkah yang diambil, tidak kira pada bila-bila masa, tetap memberi manfaat kepada kesihatan jantung.

Nak manfaat maksimum? Ikut tips di bawah:

Bagi mendapatkan manfaat terbaik daripada aktiviti berjalan kaki, doktor mengesyorkan:

  • Berjalan secara konsisten setiap minggu.
  • Tingkatkan jarak, tempoh atau kelajuan secara berperingkat.
  • Kekalkan intensiti sederhana, iaitu masih boleh berbual tetapi pernafasan menjadi sedikit laju.
  • Sasarkan sekurang-kurangnya 30 minit berjalan kaki sehari pada kebanyakan hari dalam seminggu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS