“Buatan Malaysia, Keunggulan Jepun” – Toyo Tires Lancar ‘Goal Fest 2026’ & Siri Tayar Baharu
Toyo Tires tawar pemeriksaan percuma dan hadiah Thermos eksklusif sempena Goal Fest 2026.
Cover image via Toyo Tyre Malaysia (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Toyo Tires hari ini melancarkan kempen "Goal Fest 2026" di pasar raya AEON terpilih di seluruh negara sebagai respons kepada keghairahan musim Piala Dunia
Kempen ini bukan sekadar meraikan sukan bola sepak, malah menjadi platform buat Toyo Tires memperkenalkan inovasi produk terbaharu yang memenuhi keperluan kenderaan moden termasuk hibrid (HEV/PHEV) dan elektrik (BEV).
Menerusi kekuatan identiti "Buatan Malaysia, Keunggulan Jepun", Toyo Tires memperkukuh kedudukannya sebagai satu-satunya jenama tayar buatan tempatan yang memiliki pemahaman mendalam tentang tabiat pemanduan dan keadaan cuaca unik di Malaysia.
Sempena kempen ini, Toyo Tires mengetengahkan dua produk utama yang direka untuk mobiliti masa hadapan:

- Proxes Comfort: Dilancarkan pada Januari 2026, tayar ini memfokuskan kepada keselesaan mewah, kestabilan tinggi, serta cengkaman unggul di jalan basah dan kering.
- Open Country HT II (OPHT II): Direka khas untuk pemandu 4×4 moden, menawarkan pengendalian yang lebih stabil, kecekapan bahan api, dan ketahanan merentasi pelbagai medan.
Ganjaran 'Goal Fest' dan transformasi digital
Pelanggan yang membeli empat unit tayar terpilih bakal menikmati ganjaran bernilai sehingga RM330, termasuk Botol Sukan Hidrasi Thermos Eksklusif dan pulangan tunai (cashback). Selain itu, pengunjung di AEON boleh menikmati pemeriksaan tayar 6-titik percuma serta diskaun 20% untuk perkhidmatan penjajaran dan pengimbangan.
Naib Presiden Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Keishi Inoue, menyatakan bahawa Toyo Tires kini sedang memacu transformasi digital menerusi platform Toyo TayarTen.

"Kami akan melancarkan Aplikasi T-Care pada suku ketiga tahun ini untuk menawarkan peringatan perkhidmatan dan promosi eksklusif secara masa nyata, manakala platform e-TEN pula akan menyokong kecekapan operasi pengedar kami," jelas beliau.
Kilang Toyo Tires di Malaysia, yang dikendalikan 100% oleh tenaga kerja tempatan, bukan sahaja menjamin kualiti setaraf standard Jepun, malah memainkan peranan penting dalam menjana peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi negara. Melalui prinsip Kaizen, setiap tayar yang dihasilkan mencerminkan ketelitian dan ketahanan yang dipercayai oleh pemandu di seluruh dunia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


