seismik

Bukan Kucing Biasa-Biasa, Ini Baka Kucing Termahal Di Dunia Yang Ramai Tak Tahu

Wow, harga dia.

Cover image via Parade Pets & Daily Paws

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi peminat kucing, pastinya tiada persoalan untuk harga memilikinya

Malah, ada yang sanggup mengeluarkan duit yang banyak demi untuk mendapatkan kucing idaman mereka betul tak?

Kucing yang mempunyai baka yang unik semestinya menjadi rebutan ramai walaupun bernilai tinggi.

Justeru, di sini kami ingin berkongsikan kepada anda antara baka kucing yang termahal di dunia.

1. Ashera

Ashera adalah baka campuran African Serval, Asian Leopard dan kucing domestik. Beratnya pula boleh mencapai sehingga 14 kilogram.

Baka kucing Ashera ini dilaporkan mempunyai harga paling mahal di dunia dengan harga jualan USD125,000 atau bersamaan RM587,760.

2. Savannah

Image via Hepper

Kucing Savannah adalah baka kucing yang merupakan kacukan antara Afrika dan kucing domestik. Rupa kucing Savannah adalah tinggi dan kurus dengan kaki panjang, telinga besar dan bertompok.

Harga yang dilaporkan USD50,000 atau kira RM235,104 seekor. Antara keunikan Savannah adalah corak unik pada bulu dan mempunyai telinga panjang dan 'capang.'

3. Bengal

Kucing Bengal ialah baka kucing ternakan yang dihasilkan daripada kacukan kucing harimau Asia (Prionailurus bengalensis), dengan kucing domestik, terutamanya Egyptian Mau.

Baka ini antara yang sering menjadi idaman ramai peminat kucing di negara ini kerana rupanya yang unik dan corak bulu yang menarik. Harga jualan bagi seekor Bengal mencecah USD25,000 atau RM117,552.

4. Persian

Image via Cuteness

Memiliki wajah yang bulat dan bulu yang panjang serta kelihatan empuk sudah semestinya menjadikan kucing ini antara yang popular untuk peminat kucing.

Malah, boleh dilihat ia banyak ditayangkan di kaca televisyen sebagai haiwan kesayangan. Justeru, bagi baka Persian yang asli dilaporkan berharga USD5,500 atau kira-kira RM25,861 seekor.

5. Peterbald

Image via Dino Animals

Kucing Peterbald ialah teman kucing yang setia dan penyayang. Apa yang tidak terdapat pada rambut ia menggantikannya dengan kasih sayang, suka bermain dan kesetiaannya.

Baka asli kucing ini dilaporkan berharga USD5,000 atau kira-kira RM23,510 seekor. Peterbald adalah kucing baka dari Rusia yang dikatakan mempunyai kebijaksanaan seperti seekor anjing.

6. Sphynx

Baka kucing yang hampir tidak berbulu ini dilaporkan mempunyai harga USD3,000 ke atas atau kira-kira RM14,106 seekor. Berasal dari Toronto, Kanada, kucing ini dilihat begitu unik kerana hampir tidak berbulu.

7. Scottish Fold

Image via Brittanica

Scottish Fold ialah baka kucing domestik. Genetik ini memberi kesan kepada tulang rawan di seluruh badan, menyebabkan telinga "melipat", membongkok ke hadapan dan ke bawah ke arah hadapan kepala.

Scottish Fold yang asli dilaporkan dijual pada harga sehingga USD3,000 atau kira-kira RM14,106 seekor. Kucing ini dilaporkan berasal dari Scotland dan disebabkan itu juga diawal namanya juga sempena negara asalnya.

Korang ada salah satu kucing di atas ni? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: