Bukan Sekadar Data, Ini Sebab Kenapa Anda Kena ‘Kasi Tune’ Dan Tukar Ke Rangkaian Yang ‘Faster. Smarter. More Value.’ Ini!

Tune Talk perkenalkan 'Kasi Tune', anda bukan sahaja langgan sekadar telco, tapi pengalaman digital lengkap!

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekarang ni, bila pilih telco, ramai orang sudah tidak lagi tengok harga semata-mata

Sesuai dengan gaya hidup digital masa kini, pengguna Malaysia kini lebih utamakan internet yang laju, stabil dan bagi lebih value dalam satu pakej.

Sebab itu Tune Talk tampil dengan kempen terbaru mereka, 'Kasi Tune'. Sebuah langkah untuk memperkenalkan jenama mereka sebagai telco dengan Cloud AI Powered Ultra Fast 5G yang lebih pantas, lebih pintar dan lebih bernilai!

Ayuh ketahui lebih lanjut bagaimana Tune Talk berjaya buatkan ramai beralih kepada Tune Talk khususnya buat anak muda.

Tune Talk bawakan Cloud AI Powered network pertama di ASEAN!

Tahukah anda, Tune Talk kini merupakan rangkaian mudah alih fully cloud native pertama di ASEAN powered by Cloud AI!

Dalam erti kata lain, berbanding telco tradisional yang masih bergantung pada sistem fizikal (hardware-heavy), teknologi cloud serta AI ni buat rangkaian jadi lebih fleksibel dan responsif.

Hasilnya, kita semua berpeluang menerima internet lebih stabil walaupun waktu peak, kelajuan Ultra Fast 5G yang lebih konsisten, kurang lag untuk streaming dan gaming serta kemas kini rangkaian lebih pantas tanpa gangguan.

Ini yang ramai mahukan bukan?

Khas buat anda selaku pengguna yang bergantung pada internet setiap hari, pastinya apa yang ditawarkan Tune Talk ini sudah menjadi keperluan!

Telco yang bagi "more value" dan bukan sekadar data

Kalau dulu telco hanya bersaing dari segi kuota data dan harga, hari ini permainan sudah berubah. Pengguna bukan sekadar mahukan internet laju, tapi pengalaman digital yang lebih lengkap, semuanya dalam satu tempat.

Tune Talk nampaknya faham perubahan ini. Melalui aplikasi mereka, pengguna bukan saja dapat akses internet, tetapi satu ekosistem digital yang menyatukan pelbagai keperluan harian tanpa perlu bergantung kepada banyak aplikasi berasingan.

Antara yang ditawarkan menerusi Kasi Tune adalah:

  • Nova (Horoscope & Zodiac)
    Content lifestyle untuk hiburan ringan dan personal interest, terus dalam app
  • Drama & Games
    Tonton siri dan main permainan tanpa perlu install aplikasi lain
  • Tune Talk Shop
    Platform e-shopping dengan lebih 20,000 produk dari keperluan harian hingga barangan trending
  • Rewards & Deals
    Kumpul ganjaran dan nikmati tawaran eksklusif hanya dengan menggunakan app

Apa yang menjadikan ini lebih menarik bukan sekadar banyaknya fungsi, tapi kenapa ia penting untuk pengguna hari ini.

Kita semua dah biasa dengan situasi telefon penuh dengan pelbagai aplikasi. Satu untuk shopping, satu untuk hiburan, satu lagi untuk ganjaran. Akhirnya, bukan saja makan ruang storan, tapi juga memakan masa untuk urus semuanya.

Menerusi pendekatan all-in-one ini, pengguna boleh:

  • Jimat ruang dan masa – tak perlu download dan switch antara banyak app
  • Pengalaman lebih lancar – semua ada dalam satu ekosistem
  • Lebih berbaloi – setiap penggunaan beri nilai tambahan melalui rewards dan deals
  • Smart e-shopping – beli terus dalam app tanpa perlu keluar ke platform lain

Ringkasnya, ini bukan lagi tentang 'berapa banyak data' yang anda dapat, tapi apa yang anda boleh buat dengan data tersebut.

Dan di sinilah bezanya, lebih banyak value dalam satu aplikasi!

Lebih selamat bila privasi jadi keutamaan

Dalam dunia digital hari ini, isu data privacy bukan lagi perkara kecil.

Tune Talk turut tekankan aspek perlindungan data pengguna melalui sistem mereka yang lebih secure dan moden.

Menerusi teknologi Awan AI, pengurusan data jadi lebih terkawal dan risiko tertentu dapat dikurangkan.

Para pengguna juga pastinya lebih selesa untuk melayari internet tanpa gangguan daripada pihak ketiga.

Lebih hijau: Teknologi yang kurang jejak karbon

Menariknya, Tune Talk juga mengetengahkan usaha mereka ke arah teknologi yang lebih lestari apabila rangkaian fully cloud-based mereka dikatakan mampu mengurangkan carbon footprint sehingga 86% berbanding sistem tradisional. Hebat bukan?

Pelan korang dah cukup? Inilah masanya untuk 'Kasi Tune'

Kalau anda sedang mencari telco 5G di Malaysia yang serba lengkap dengan teknologi baharu, menjaga privasi pengguna serta menawarkan lebih 'value', ini masanya untuk anda 'Kasi Tune' bersama Tune Talk – tiada caj tersembunyi!

Ditambah pula dengan sokongan Cloud AI Powered Ultra Fast 5G, ini bukan sekadar naik taraf rangkaian tetapi langkah ke arah pengalaman digital yang lebih pantas, pintar dan relevan dengan gaya hidup hari ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai Kasi Tune dengan layari laman rasmi Tune Talk.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS