Bukan Sekadar Trofi, Piala Dunia Diarak Dalam Bagasi Louis Vuitton Yang Direka Khas

Bagasi eksklusif itu menampilkan huruf 'V' berwarna emas yang membawa dua makna iaitu Victory (Kemenangan) dan Vuitton.

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau sebut Piala Dunia FIFA, ramai akan terus terbayang aksi hebat di atas padang dan detik pasukan mengangkat trofi paling berprestij dalam bola sepak

Tetapi sebelum trofi itu berada di tangan juara dunia, ia sebenarnya 'mengembara' dalam sebuah bagasi yang bukan biasa-biasa.

Menjelang final Piala Dunia 2026 di Stadium New York-New Jersey, trofi ikonik itu bakal tiba dalam bagasi khas rekaan jenama mewah Perancis, Louis Vuitton.

Menurut laporan Berita Harian, tradisi eksklusif ini diteruskan sekali lagi apabila Louis Vuitton diberi kepercayaan menghasilkan bekas simpanan rasmi trofi tersebut buat kali kelima berturut-turut.

Direka khas dengan simbol kemenangan

SAYS.com
Image via REUTERSImage via

Bagasi eksklusif itu menampilkan huruf 'V' berwarna emas yang membawa dua makna iaitu Victory (Kemenangan) dan Vuitton.

Ia turut dihiasi corak monogram ikonik Louis Vuitton bersama pelindung bucu daripada loyang bersadur emas, memberikan sentuhan mewah yang cukup sinonim dengan jenama berkenaan.

Di bahagian dalam pula, bagasi tersebut dilapisi kulit berwarna kuning air dan dilengkapi lencana khas sebagai memperingati kerjasama antara Louis Vuitton dan FIFA.

Ini bukan kali pertama Louis Vuitton menghasilkan bagasi untuk trofi Piala Dunia. Sebaliknya, jenama mewah itu sudah memegang tanggungjawab berkenaan sejak edisi 2010, sebelum diteruskan pada 2014, 2018, 2022 dan kini 2026.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Louis Vuitton, Pietro Beccari, kerjasama yang terjalin lebih sedekad bersama FIFA melambangkan nilai yang dikongsi kedua-dua pihak.

"Selama lebih sedekad, Louis Vuitton dan FIFA berkongsi komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan, berasaskan kepercayaan bahawa sukan mempunyai kuasa untuk memberi inspirasi dan menyatukan manusia," katanya.

Jenama mewah dan dunia sukan memang sudah lama bergandingan

Sebenarnya, kolaborasi antara jenama mewah dan kejohanan sukan bukanlah sesuatu yang baharu.

Sebagai contoh, Tiffany & Co. telah menghasilkan trofi kejohanan Super Bowl atau Trofi Vince Lombardi sejak edisi pertama pada tahun 1967.

Malah, Louis Vuitton sendiri turut menghasilkan bagasi trofi eksklusif untuk perlumbaan Formula Satu (F1) menerusi perjanjian kerjasama selama 10 tahun.

Apa yang menjadikan bagasi ini lebih istimewa ialah hakikat bahawa hanya terdapat satu trofi rasmi Piala Dunia FIFA yang digunakan bagi kejohanan empat tahun sekali itu.

Apabila tidak digunakan, trofi tersebut lazimnya disimpan di Muzium FIFA di Zurich, menjadikan setiap perjalanan trofi berkenaan dikendalikan dengan penuh teliti.

Disebabkan itu, peluang menghasilkan bagasi khas untuk membawa trofi paling berprestij dalam dunia bola sepak ini dianggap sebagai satu penghormatan besar dan bukannya sekadar projek rekaan fesyen semata-mata.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: