seismik

Minat Cheeseburger? Anda Wajib Cuba Burger Bakar 'Cheese Aligot' Viral Ini!

Keju ni diimport all the way dari Perancis tau. Jangan main-main!

Cover image via Instagram @yayaa.rose | Instagram @yayaa.rose

Nama Burger Bakar Abang Burn memang tidak asing lagi di kalangan para foodies yang meminati pilihan hidangan Western yang lain macam sedapnya

Baru-baru ini, gerai burger popular ini menjadi bualan ramai sekali lagi dengan menu terbarunya iaitu Burger Bakar Cheese Aligot, di mana anda boleh pilih untuk lengkapkan patty daging anda dengan balutan keju!

Menggunakan keju diimport khas dari Perancis yang dipanaskan di atas kuali hingga lembut dan meleleh, rekaan menggiurkan ini semestinya wajib-cuba untuk para peminat cheeseburger di luar sana!

Tidak kira jika anda gemarkan patty ayam atau daging, kedua-duanya boleh dinikmati bersama keju leleh ini!

Anda juga boleh tambah topping seperti beef strips, turkey slice dan cendawan goreng!

Tak sabar nak cuba? Dapatkan info mengenai gerai Burger Bakar Abang Burn di sini:

Lokasi:
Lembah Klang: Dagang Avenue Food Court, Ampang | Restoran Maamus Garden, Taman Melati | Seri Selera MPS, Selayang | Bandar Botani Klang | Ramal Junction Food Court, Kajang

Kawasan Selatan: MMA Santai Corner, Nilai | Medan Selera Sungai Melaka | B Point Station, Johor Bahru

Status: Halal

Maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

Banyak lagi tempat makan best untuk dicuba:

You may be interested in: