[VIDEO] Korang Kena Tengok Resipi Burger Sihat Terbaru Dari KFC ni. Macam Sedap Je!
Baru betul sihat.
Resipi burger baru yang diperkenalkan oleh KFC United Kingdom ini sesuai untuk anda yang mementingkan pemakanan yang sihat
Resipi burger ini diperkenalkan oleh Figgy Poppleton Rice, iaitu seorang pakar nutrisi yang terkenal di United Kingdom. Beliau juga dikenali sebagai food bloggger yang sering berkongsi resipi makanan sihatnya di laman sosial. Beliau seorang yang amat meminati sayur-sayuran dan digelar fanatik daun kale.
Tengok sajalah badannya yang cantik dan kurus itu, memang nampak sangat jaga makan!
1. Bunga kubis (cauliflower)
Bunga kubis ini akan dibahagikan kepada dua untuk dijadikan sebagai roti burger. Dalam resipi ini, mereka tidak menggunakan roti.
2. Daun kale
Daun kale ini sering digunakan dalam pasta ataupun salad, rasanya tidak begitu pahit malah kerangupannya membuat sesuatu hidangan itu lebih menarik.
3. Ais kiub penambah rasa
Selalunya, ais kiub penambah rasa ini digunakan dalam hidangan yang berkuah. Tapi kali ini, KFC telah menggunakan kaedah baru dalam burger mereka. Hmm nampak macam sedap, tak tahulah apa rasanya ya.
4. Dada ayam yang telah dicarik halus
Ayam carik ini sering dijumpai dalam hidangan melayu seperti soto ataupun mee sup. Oleh itu, ayam sebegini memang nampak menyelerakan.
5. Almond yoghurt tanpa gula
Yoghurt ini memang terkenal dalam kalangan mereka yang amat mementingkan pemakanan yang sihat. Ianya jarang dijumpai di pasaraya biasa, anda hanya boleh mendapatkannya di pasaraya besar.
6. Biji Chia
Biji chia merupakan bijian yang tumbuh di padang pasir. Nama chia ini berasal daripada perkataan minyak. Biji ini adalah biji berminyak yang dilengkapi dengan omega tiga.
Dah siap! Inilah burger sayur yang pasti membuat anda sihat dan bertenaga.