Calon SPM Leka Main ‘Phone’ Hingga Lewat Malam, Ibu Datang Klinik Minta MC Untuk Anak

Pelik-pelik perangai mak ayah zaman sekarang. Anak-anak pun jadi manja tak kena tempat.

Akhir-akhir ini banyak pula kes ibu bapa yang membela anak mereka tak kena tempat dan keadaan

Ada satu kes yang terjadi baru-baru ini dan telah dialami sendiri oleh seorang doktor, Nur Ain Mohd Ghazali di mana beliau sendiri telah membuat perkongsian berkenaan kejadian tersebut di Facebook.

Baca status penuh Doktor Nurul Ain di bawah:

Today akak memang pissed off gila.

Datang seorang mak bersama anak perempuannya yang berumur 17 tahun (ya, SPM tahun ini).

Mak : Doktor, anak saya pening-pening.
Saya : Oooo, pening. Kenapa pening? Buat apa semalam?
Mak : Haa itu lah dia semalam tidur lambat. Pukul12 baru tidur, main handphone.
Saya : Demam, batuk selsema? Masalah lain?
Mak : Tak ada doktor. Memang pening je.


Clinical examination semua normal.

Saya : So, datang ni sebab nak cuti sekolah ke?
Mak : Ya, dah tak pegi sekolah sebab pening (pandang muka budak tu yang memang sepatah pun tak bercakap dari tadi).
Saya : Adik, awak expect saya untuk bagi cuti sekolah sebab awak pening kepala gara-gara tidur lambat main handphone? Puan, kalau saya tak nak bagi 'MC', dikira sebagai ponteng lah kan?
Mak : Ya doktor, dikira ponteng.
Saya : Kalau saya tak nak bagi 'MC' boleh kan?

You should see her mother`s facial expression.
Adik, thank god you cannot see my poker face behind the mask I am wearing.


Image via tumblr.com

Parents, kenapa buat anak macam tu?

Ni bukan kes pertama, makin banyak kes-kes macam ni.

Anak berlari-lari dalam bilik dan minta 'MC' dengan doktor.
Kalau anak tu dah boleh berlari, kenapa tidak boleh pergi ke sekolah?

You are showing serious bad example to your children.
You are nurturing an 'MC' seeker.

Generasi malas nak belajar.
Generasi malas bekerja.

Tak nak kerja, tak nak ke sekolah, minta 'MC'.

And you are ranting this and that, bla bla bla.
Keyboard warrior, dialah champion.
Sigh.

Is this our future generation?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment