[GALERI] 8 'Cool Getaway' Menarik Untuk Anda Yang Masih Dalam Mood Cuti
Serius memang cool!
Anda masih dalam mood cuti? Jangan risau sebab kami ada banyak tempat yang anda boleh explore dalam Malaysia ni.
So, ini antara tempat-tempat rare yang telah kami sediakan untuk anda tengok. Apa tunggu lagi? Pergilah survey nanti bolehlah bawa teman atau keluarga bercuti di sini. Menariknya, harga untuk menginap di tempat-tempat adalah berpatutan dan environment di sini pula mampu membuat anda lupa segala masalah dan hilangkan stres.
1. Hotel Lantern, Jalan Petaling
Hotel bajet ini tersorok di tengah Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Hotel ini merupakan apartmen yang terletak di atas bank Hong Leong. Bestnya menginap disini sebab anda boleh explore bahagian Kuala Lumpur yang anda tak pernah tahu dan enjoy suasana tengah malam di Jalan Petaling. Anda juga boleh hilangkan rasa haus dengan minuman 'Mou Tak Ding Lo Han Ko' yang dijual di bahagian luar hotel ini.
Lokasi: 38, Jalan Petaling, 50000 Kuala Lumpur.
Sila layari Facebook Hotel Lantern untuk maklumat lanjut.
2. The Sticks, Kuala Kubu Bharu
Kalau anda dah bosan dengan hotel di tengah bandar ataupun di tepi pantai, apa kata anda cuba pula bermalam di dalam hutan. Eko resort ini terletak jauh di dalam hutan hujan di Kuala Kubu Bharu di daerah Hulu Selangor. Lebih kurang dalam satu jam memandu dari Kuala Lumpur, lokasi ini agak tersembunyi dari jalan utama di mana anda harus melalui satu jambatan gantung untuk sampai ke eko resort ini. Bayangkan betapa adventure-nya roadtrip anda!
Lokasi: Lot 213 Jalan KKB - Fraser's Hill, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Sila layari laman web dan Instagram The Sticks untuk maklumat lanjut.
3. Tubestay, Bukit Jugra
Tubestay ini terletak di Jugra, Banting yang merupakan lokasi menarik untuk penggemar aktiviti outdoor dan lasak. Jika anda lihat betul-betul, rekaan rumah “tube” ini juga dibina seakan-akan rumah siri popular kanak-kanak Teletubbies. Comel betul! Selain tempat penginapan, mereka juga menyediakan aktiviti lasak seperti paragliding, basikal trike, dan aktiviti memanjat (hiking) ke puncak Bukit Jugra.
Lokasi: TubeStay @ Bukit Jugra, Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor
Sila layari Facebook dan Instagram TubeStay untuk maklumat lanjut.
4. Sarang by The Brook, Kuala Kubu Bharu
Sarang by the Brook adalah penginapan kontena unik yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Anda pernah dengar tentang The Kabin di Langkawi atau Kuala Selangor? Konsep getaway ini juga agak sama dengan The Kabin tetapi kawasannya agak besar berbanding yang lain. Kuala Kubu Bharu merupakan hot spot untuk remaja dan keluarga bercuti kerana terdapat banyak tempat menarik di sekitarnya seperti Air Terjun Lata Medang dan juga Bukit Kutu.
Lokasi: Jalan Seruling 20, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Sila layari laman web , Facebook dan Instagram Sarang by The Brook untuk maklumat lanjut.
5. The Plantation, Bentong
Terletak di Bentong Pahang, The Plantation mempunyai kolam renang luaran sepanjang tahun dikelilingi oleh pemandangan hutan hujan, dan juga kemudahan barbeku. Tidak jauh dari Genting Highlands, lokasi getaway yang ideal ini amat sesuai untuk pengunjung yang mahukan 'alone time' untuk mendapat ketenangan. Eko resort ini berkonsepkan “glamping” di mana mereka menutup tenaga solar di tengah malam bagi memberi tetamu menikmati ketenangan alam semula jadi di sini.
Lokasi: Lot 2767, Karak Town, Bentong, Pahang
Sila layari laman web dan Facebook The Plantation untuk maklumat lanjut.
6. Canopy Tribes, Kota Tinggi
Jika anda minat glamping, anda pasti akan tertarik dengan lokasi menarik ini di mana anda dapat bermalam di dalam kanopi yang sungguh comel. Terletak di Kota Tinggi Johor, Canopy Tribes merupakan salah satu lokasi glamping yang paling famous di Malaysia. Selain daripada bermalam, mereka juga menyediakan beberapa aktiviti lasak seperti ATV adventure ride, berkayak, memancing dan juga night jungle trekking.
Lokasi: 7815, Jln Lombong, Batu 8 Kota Tinggi, 81900, Johor
Sila layari laman web dan Facebook Canopy Tribes untuk maklumat lanjut.
7. Terra Tree House, Brinchang
Teringin bermalam di rumah pokok seperti yang anda nampak dalam televisyen? Datanglah ke Terra Tree House yang terletak di Tanah Tinggi Cameron. Lokasi penginapan ini sungguh unik oleh kerana reka bentuk chalet mereka yang diperbuat oleh buluh dan daun nipah sahaja. Menariknya tentang chalet ini adalah ianya dibina oleh penduduk orang Asli di sekitar kawasan itu. So kalau anda teringin untuk experience cara hidup penduduk orang Asli, boleh lah datang ke sini!
Lokasi: 8, Jalan Corina 1, Taman Desa Corina, Cameron Highlands, Kg Raja, 39010, Pahang
Sila layari laman web Terra Tree House untuk maklumat lanjut.
8. Ma Ni Thai Cuisine & Villa, Tanjung Malim
Bila tengok pada gambar, nampak seperti di Thailand kan? Tapi sebenarnya villa yang berkonsepkan Bali style ini hanyalah terletak di Tanjung Malim sahaja. Biar betul? Memang betul, kami tak tipu. Pada mulanya, villa ini merupakan sebuah restoran Thai tetapi telah diubahsuaikan sebagai restoran dan juga villa. Lokasi ini sesuai untuk pasangan yang baru sahaja berkahwin oleh sebab suasananya yang romantik dan tenang. Lihat sajalah pada gambar, dah cukup untuk buat anda semua rasa relax kan?
Lokasi : No. 26, Bt 3/4 Jalan Changkat Asa, Hulu Bernam, 35900 Selangor
Sila layari Facebook Ma Ni Thai Cuisine & Villa untuk maklumat lanjut.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!