Caprice Diperintah Mohon Maaf & Bayar Ganti Rugi RM220,000 Kepada Ebit Lew
Caprice turut diperintah keluarkan kenyataan maaf.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan pempengaruh Ariz Ramli, lebih dikenali sebagai Caprice, untuk membayar ganti rugi RM220,000 kepada pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atas tuduhan fitnah
Hakim Zuhrina Nor memutuskan bahawa Caprice, 40, telah memfitnah pendakwah bebas itu pada tahun 2023 melalui tujuh kenyataan yang dibuat dengan seorang pempengaruh media sosial Indonesia yang dikenali sebagai Mondy Tattoo.
Beliau mengarahkan Caprice untuk membuat permohonan maaf dan memadamkan tujuh kenyataan bersama pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo dalam masa 48 jam, lapor Sinar Harian.
"Alhamdulillah syukur pada Allah. Saya menang saman terhadap Caprice Ariz Ramli. Beliau diperintah mahkamah untuk mohon maaf atas fitnah dan beliau diperintahkan membayar keseluruhan Rm220 Ribu kepada saya," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada September 2023, Caprice telah memuat naik klip video episod podcast yang menampilkan Mondy sebagai tetamu
Ebit mendakwa bahawa tujuh kenyataan dalam klip itu membawa maksud Ebit melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadap Mondy, selain seorang yang tidak bertanggungjawab serta penunggang agama, sekali gus mencemarkan reputasinya.
Dakwanya, Caprice bertindak secara berniat jahat dengan menerbitkan video itu tanpa mengesahkan fakta, yang menyebabkan pendakwah itu menjadi sasaran komen negatif di media sosial.
Ebit diwakili oleh Akberdin Abdul Kader manakala Rezan Ezra Mosinal bertindak bagi pihak Ariz.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via