Resipi Viral Ini Kongsi Bagaimana Anda Boleh ‘Convert’ Lebihan Nasi Menjadi Kuih Apam Gebu
Comel dan sedap, anak-anak pun pasti suka!
Cover image via Nukeufo89's Blog | Instagram @zatuldelightMemang leceh rasanya apabila ada lebihan nasi dalam semangkuk dua sahaja. Nak buat nasi goreng terlalu sedikit, nak buang membazir pula…
Image via Nukeufo89's Blog
Lain kali kalau ada lebihan nasi sedikit sebegini, apa kata anda gunakannya untuk membuat apam nasi yang comel gebu ini? =D
Image via Instagram @zatuldelight
Resipi apam nasi viral ini jelas diminati ramai kerana cara penyediaannya cukup ringkas. Blend nasi bersama air dan gula, gaulnya bersama adunan tepung dan kukus hingga lembut!
Image via Rose Hayatie
Dapatkan resipi penuhnya di sini:
Image via Rose Hayatie
Bahan-bahan:
– 2 cawan nasi
– 2 1/2 cawan air
– 1 cawan gula
– 2 cawan tepung gandum
– 2 cawan tepung beras
– 1 paket 11g yis Mauripan
– Pewarna
– Minyak
– Kelapa parut (jika mahu)
Cara-cara:
1. Dengan menggunakan blender, kisar nasi bersama air sehingga sebati.
2. Masukkan gula dan kisar.
3. Di dalam mangkuk lain, gaul tepung gandum, tepung beras dan yis, dan ayak.
4. Gaulkan adunan nasi dengan adunan tepung, dan masukkan pewarna yang diingini.
5. Perap 3 jam.
6. Sapukan acuan apam dengan minyak dan tuangkan adunan ke dalama acuan.
7. Kukus 20 minit hingga gebu.
8. Hias dengan kelapa parut jika mahu.
Sumber resipi: Rose Hayatie
Resipi versatil ini boleh diubahsuai mengikut kreativiti anda. Gunakan acuan bercorak untuk dapatkan bentuk kuih apam yang lebih cantik. 😉
Image via Instagram @rosmahnazir_
Image via Instagram @leatutty_dapoq
Jika mahu, anda boleh juga campurkan adunan pelbagai warna. Memang comel hasilnya, anak-anak pasti suka!
Image via Mummy Zahra Nak Cerita
Image via Eny Abdullah
