seismik

6 Cara Paling Simple Untuk Makeover Rumah Supaya Nampak Macam Pro Dan Lebih Segar!

Ambil masa satu weekend je dah boleh siap semua benda!

Cover image via brit.co & Fine Art America

Nak makeover rumah tak semestinya kena tukar semua perabot , semua aksesori, dan semua benda

Image via hearstapps.com

Kadang-kadang kita terlalu teruja nak makeover rumah sampai menyusahkan diri sendiri menukar semua benda yang ada dalam rumah. Padahal tak perlu pun.

Ada cara yang lebih simple untuk dapatkan makeover yang segar dan gah, tanpa perlu belanja besar!

Sebenarnya, ubah 6 benda ini sahaja untuk dapatkan rumah yang nampak baru.

1. Tukar langsir baru

Image via impiana.my

Pernah cuba tukar langsir kepada yang lebih moden? Seriously, rumah boleh nampak lain dalam sekelip mata dengan hanya menukar langsir! Tak semestinya langsir yang mahal, langsir murah pun banyak yang cantik-cantik dan berkualiti.

Yang penting, kena pandai pilih warna yang boleh memberi ketenangan dan sebati dengan dekorasi rumah. Barulah ngam!

2. Pilih cat dinding berwarna sejuk gaya moden

Bayangkan kalau rumah dicat dengan warna terang dan berwarna-warni, apa anda akan rasa? Masuk rumah pun dah sakit mata. Suasana rumah perlulah menenangkan dan sedap mata memandang. Barulah seronok nak tinggal bersama seisi keluarga.

Paling recommended, tentunya cat tekstur yang sememangnya berkualiti tinggi dan confirm berbaloi. Tapi kejap, sebelum kami terangkan lebih lanjut, jawab poll di bawah ini dulu:

3. Sebatikan dengan seni mengikut tema

Anda suka gaya Nordic? Rustic? Minimalis moden? Atau retro? Setiap orang mesti ada tema pilihan masing-masing dalam dekorasi rumah. Daripada pilihan yang dibuat, pastikan kesemua barangan sebati dengan tema tersebut.

Kalau dah pilih satu gaya, haruslah kekalkan feel dan vibe dari gaya berkenaan dan tak boleh campur adukkan dengan gaya lain. 

4. Susun semula bingkai gambar

Image via edgqgg.info

Zaman sekarang ni, ada macam-macam cara untuk susun bingkai gambar yang digantung pada dinding. Tak semestinya menegak je. Orientasi gambar dan bingkai juga ada yang senget-benget, ada yang tak sekata, ada yang tiada susunan nyata, tapi kesemua ini menyerlahkan lagi kreativiti dalam hiasan rumah.

Tak suka menggantung? Boleh juga letakkan bingkai di lantai atau di atas meja. Susun atur bingkai pastinya boleh menaikkan nilai estetika sesebuah ruang ke tahap yang lebih tinggi.

5. Ubah susun atur perabot

Image via pinimg.com

Yang ini paling magik. Tak payah keluar satu sen pun!

Siapa sangka dengan hanya sedikit sentuhan dah boleh menjadikan ruang nampak baru dan gah! Lihat sahaja gambar di atas ini. Dengan mengubah susun atur perabot, ruang tamu tersebut terus nampak menyerlah dan sedap mata memandang.

Tidak ada banyak yang berubah pun sebenarnya. Tak sampai sehari pun dah boleh siap. Kalau tak pernah cuba, silalah cuba sekarang dan alami sendiri rasa magik tersebut.

6. Jangan lupa tambahkan elemen hijau

Image via britcdn.com

Rumah yang tiada elemen hijau adalah rumah yang mati. Ada ke orang nak duduk dalam rumah sebegitu? Mesti tak ada.

Elemen hijau yakni tumbuh-tumbuhan adalah sangat penting dalam dekorasi rumah bagi menghidupkan dan menyegarkan sesebuah ruang. Selain itu, tumbuhan juga bertindak sebagai pembekal oksigen dan mampu menapis udara supaya lebih bersih.

Rumah bersih, udara bersih, kesihatan pun terjamin. Kan seronok tu!

Senang je, kan?

Image via imgur.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

See! Bajet tak payah besar pun dah boleh ubah suai rumah: