seismik

“Wajib Berihram, Haram Berpakaian Wanita” - Pendakwah Jelas Cara 'Transgender' Tunai Umrah

Tidak salah bagi sesiapa sahaja untuk mengerjakan umrah dan haji kerana tiada halangan dalam beribadat asalkan mengikut hukum yang telah ditetapkan di dalam syariat Islam.

Cover image via Facebook Syed Shahridzan

Hukum mengerjakan umrah adalah sama dengan hukum mengerjakan haji iaitu wajib sekali seumur hidup bagi sesiapa yang berkemampuan untuk menunaikannya

Dalil wajib umrah ialah seperti pada firman Allah SWT: "Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah." (Al-Baqarah: 196).

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Libur

Dalam pelaksanaan melakukan umrah, terdapat beberapa perbezaan perkara yang dilakukan antara jemaah lelaki serta jemaah wanita. Antaranya ialah sunat bagi jemaah lelaki untuk bercukur iaitu menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut.

Selain itu, ketika melakukan tawaf dan saie yang mana disunatkan bagi jemaah lelaki untuk melakukannya dalam keadaan bersegera namun tidak begitu bagi kaum wanita. Jemaah wanita boleh berjalan seperti biasa baik ketika melakukan tawaf mahupun saie tanpa perlu berlari-lari dan bersesak-sesak.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Isma Web

Meskipun begitu, bagaimana pula dengan golongan transgender? Bolehkah golongan ini menunaikan ibadah umrah? Dan sekiranya boleh, bagaimana caranya?

Baru-baru ini, seorang penceramah bebas telah menjelaskan bahawa tidak menjadi satu kesalahan bagi golongan transgender untuk mengerjakan ibadah umrah, selagi mereka mengikuti syarat dan hukum yang telah termaktub di dalam syariat Islam

Menerusi laman Facebook, Syed Shahridzan telah menjelaskan hukum serta cara-cara untuk golongan transgender yang ingin ke Kota Suci bagi mengerjakan umrah.

Syed Shahridzan.

Image via Facebook Syed Shahridzan

Menurutnya, mereka perlu mematuhi dan menghormati kesucian Tanah Haram dengan memakai pakaian yang sopan mengikut fitrah masing-masing.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Oh Bulan!

Jika mereka berjantina lelaki, maka wajib untuk mereka menjalani ibadah sebagai seorang lelaki, begitu juga dengan sebaliknya. Adalah haram bagi seorang jemaah lelaki yang wajib berihram untuk berpenampilan seperti wanita (bertelekung) ketika menjalani ibadah Umrah.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Tahun lepas saya pernah dihubungi oleh 2 wakil syarikat agensi umrah tanahair, mereka bertanya apakah hukum mereka membawa golongan mak nyah untuk mengerjakan umrah. Ini kerana 2 syarikat ini telah didekati oleh golongan ini untuk menguruskan ibadah umrah mereka.

Respon saya:

  • Hukumnya harus dan mereka layak untuk mengerjakan ibadah umrah selagi mereka muslim. Namun pihak agensi perlu meletakkan beberapa syarat penting yang mana golongan ini WAJIB mematuhinya.
  • Antara syarat yang wajib tunaikan, perserta dari golongan mak nyah wajib mengerjakan umrah berdasarkan hukum asal jantina mereka iaitu lelaki bukan sebagai wanita.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Blog Hasrul Hassan

  • Untuk mengelakkan payudara tiruan mereka kelihatan oleh orang awam ketika memakai kain ihram, maka mereka diwajibkan memakai kain bengkung yang tidak berjahit.
  • Mereka bukan sahaja hanya wajib berihram seperti lelaki malah wajib berpakaian lelaki di Mekah dan Madinah demi menghormati kesucian kedua-dua Tanah Haram. Mereka tidak boleh berpakaian seperti perempuan walaupun bertudung atau bertelekung.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Blog cintaherbsandc

  • Golongan mak nyah ini juga wajib mengerjakan ibadah di ruang solat lelaki, begitu juga tandas yang ingin digunakan mestilah tandas lelaki. Bahkan agensi wajib memastikan bilik penginapan mereka tidak boleh bercampur dengan wanita tulen.
  • Jika mana-mana agensi umrah tidak menitik beratkan syarat-syarat tersebut atau membiarkan mereka beraksi sama seperti keadaan mereka di tanahair iaitu seperti perempuan, maka ini bermakna pihak agensi telah bersubahat atas perkara mungkar yang dibiarkan berlaku di tanahsuci. Bagi saya ini satu penghinaan yang dilemparkan ke atas kedua-dua tanah haram yang mulia.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Rojak Daily
  • Peringatan dari saya kepada pihak agensi jika kelakuan mungkar ini jika tidak dibendung atau dibiarkan ia akan menjadi penyebab reputasi dan nama baik agensi itu tercalar, malah akan menerima kecaman dari orang ramai.
  • Sekarang visa umrah boleh didapati dengan dua cara, samaada visa umrah atau visa pelancong. Jika melalui visa umrah para peserta umrah mesti melalui syarikat agensi umrah yang berdaftar. Manaka visa pelancong tidak wajib melalui agensi bahkan boleh urus dan pergi umrah sendiri. Berita di bawah ini saya tidak pasti metod mana satu yang digunakan oleh peserta umrah ini, samaada ikut agensi atau pergi sendiri.

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Sebagai kesimpulan, tidak salah bagi sesiapa sahaja untuk mengerjakan umrah dan haji kerana tiada halangan dalam beribadat asalkan mengikut hukum yang telah ditetapkan di dalam syariat Islam.

Image via Umroh Haji News

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: