seismik

"Cari Maut" - Tular Sekumpulan Remaja Lelaki Sengaja Bermain Di Kepala Air Undang Kecaman

Berani betul masing-masing.

Cover image via @amruljemat (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, sekarang merupakan musim hujan dan fenomena kepala air sering berlaku di kawasan air terjun atau sungai

Kita dinasihatkan untuk berkunjung ke tempat-tempat itu kerana sangat berbahaya dan risiko untuk kehilangan nyawa adalah tinggi. Lihat saja berita-berita yang keluar, sudah ramai yang menjadi mangsa kepala air ini.

Namun, tular pula sebuah rakaman sekumpulan remaja lelaki bermain di kepala air baru-baru ini telah mengundang kecaman ramai.

Lihat video itu di bawah:

@amruljemat

Kepala air takleh bawak main dek

original sound - Amrul - Amrul

Dah nampak kepala air datang tapi masih bermain di kawasan sungai

Menerusi perkongsian video daripada @amruljemat, kelihatan geng remaja lelaki itu sedang bermandi-manda di sebuah kawasan sungai.

Pada mulanya, air kelihatan jernih. Tetapi, kehadiran kepala air secara tiba-tiba mengejutkan mereka.

Namun, apa yang membuatkan ramai kecam adalah apabila mereka tidak mahu berganjak dari tempat itu dan selamba menunggu kepala air betul-betul depan mata.

Malah, mereka sempat mencelupkan tangan sebelum berlari ke tepi sambil bergelak ketawa seperti kejadian itu tidak membahayakan sesiapa.

"Kalau dah terang-terang macam ni kemudian hanyut dibawa air, tolonglah jangan cari. Dia sendiri yang tempah" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 1.4M tontonan, 33.6K tanda suka serta 2.4K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut mengecam tindakan geng remaja itu.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tak jadi apa-apa tak apalah dik, jangan berani sangat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: