seismik

Awas! Elak Jadi Mangsa, Ini 5 Tanda-Tanda Kepala Air Akan Muncul Ketika Berada Di Sungai

Penting untuk kita semua tahu demi keselamatan dan nyawa orang tersayang.

Cover image via Utusan Malaysia & Harian Metro

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seluruh negara menerima khabar duka apabila 10 beranak kehilangan nyawa akibat menjadi korban kepala air semasa mereka berkelah baru-baru ini

Fenomena kepala air sememangnya tidak boleh dipandang remeh kerana bila-bila saja ia mampu meragut nyawa seseorang tanpa sempat berbuat apa-apa disebabkan air yang terlalu deras.

Kalau anda nak tahu, perubahan warna air sungai dan kehadiran banyak ranting kayu merupakan antara tanda awal sebelum berlakunya kepala air.

Lazimnya, fenomena kepala air terjadi akibat daripada hujan lebat yang berlaku di kawasan hulu sungai.

Untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa, adalah penting untuk kita tahu tanda-tanda kepala air akan tiba sekiranya kita berada di kawasan sungai.

1. Perubahan arus dan warna air sungai

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cianjur Ekspres

Antara petanda paling awal kepala air bakal berlaku adalah melalui perubahan arus dan warna air sungai itu. Jika anda merasakan arus sungai tiba-tiba deras, itu juga boleh menjadi satu petanda buat kepala air. Perhatikan juga warna air sungai semasa anda mandi, sekiranya air tiba-tiba menjadi keruh dan berwarna kuning, itu juga menandakan anda perlu berhenti mandi dan segera naik ke darat.

2. Keadaan langit di hulu sungai

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pexels

Sebaik saja tiba di kawasan perkelahan atau sungai, anda digalakkan untuk melihat keadaan langit terlebih dahulu terutamanya di hulu sungai atau kawasan puncak bukit. Kalau langit kelihatan gelap dan ada tanda-tanda hujan, sebaiknya anda batalkan saja niat untuk berkelah di kawasan berhampiran.

3. Kemunculan ranting kayu dan air berbuih

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Sekiranya anda perasan kemunculan ranting-ranting kayu atau air sungai tiba-tiba berbuih ketika mandi manda, ia menandakan anda perlu segera naik ke darat. Ini kerana kehadiran ranting kayu dan perubahan air juga merupakan tanda awal kepala air bakal berlaku.

4. Peka dengan cuaca

Gambar sekadar hiasan.

Image via pngtree

Jangan terlalu seronok ketika anda sedang seronok mandi di sungai pada musim hujan. Seeloknya, elak pergi ke sungai atau air terjun pada waktu itu. Tetapi jika sudah ada di sana, cuba lihat keadaan cuaca di persekitaran anda. Yang paling penting sekali adalah keadaan cuaca di hulu sungai. Perubahan cuaca juga merupakan salah satu petanda awal fenomena kepala air bakal berlaku. Jika kepala air tiba-tiba muncul, anda hanya mempunyai masa 10 hingga 15 minit sahaja untuk menyelamatkan diri.

5. Peka dengan siren amaran

Gambar sekadar hiasan.

Image via Majoriti

Kebanyakan tempat perkelahan pada masa kini dilengkapi dengan siren amaran untuk membantu pengunjung mengenal pasti petanda awal terutamanya fenomena kepala air. Jadi, jika anda mendengar bunyi siren semasa berada di kawasan air terjun atau sungai, segeralah naik ke darat.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan orang terdekat untuk lebih peka jika ingin berkelah di mana-mana selepas ini. Jaga diri semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: