"Cari Nahas" - Lelaki Ini Menggelabah Bangun Lepas Kantoi Terduduk Atas Tudung Baru Gosok
Good luck bang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila sebut je pasal tudung, orang perempuanlah yang paling cepat sensitif
Tambahan pula jika ada yang mencuit walaupun sedikit tudung mereka yang baru lepas digosok. Sedangkan terusik pun sudah boleh menaikkan angin mereka, apatah lagi jika terduduk atas tudung itu, memang cari nahas!
Begitulah yang terjadi kepada lelaki ini apabila dia secara tidak sengaja terduduk di atas tudung adiknya telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba main game tak sedar terduduk atas 'periuk api'
Menerusi video yang dimuat naik oleh @keptengg, kelihatan lelaki itu sedang bermain game di telefonnya sambil tidak sedar dia sebenarnya terduduk atas tudung adiknya yang baru lepas digosok.
Kemudian, dia ditegur oleh adiknya yang baru masuk ke dalam bilik dan apabila dia menoleh ke belakang, barulah dia sedar rupa-rupanya dia terduduk atas tudung tersebut yang sepatutnya dipakai untuk pergi ke kenduri.
"Benda tu kalau kat kepala namanya tudung, tapi kalau terbentang kat katil namanya periuk api. Salah duduk, maut menanti. Haha" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 134.7K views, 18.6K likes dan 348 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu yang menggelupur bangun dan terus melarikan diri kerana takut diserang adiknya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: