Cat Fashion Week Kembali Lagi Di TV3 Dengan 20 Kucing Akan Bersaing Jadi Next Top Meowdel

Kesemua pasangan bersaing untuk merebut tempat dalam kelompok 6 Terbaik sebelum meneruskan saingan ke pentas akhir.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas mendapat sambutan menerusi musim pertama, Purina Felix Cat Fashion Week kembali tahun ini dengan pentas yang lebih bergaya, lebih mencuit hati dan pastinya lebih banyak gelagat si bulus yang menghiburkan!

Membawakan tagline "Meow Menggoda, Comel Berganda," musim kedua menyaksikan 20 pasangan pemilik dan kucing kesayangan mereka mara ke peringkat Separuh Akhir selepas melalui sesi uji bakat secara dalam talian.

Kini, kesemua pasangan bersaing untuk merebut tempat dalam kelompok 6 Terbaik sebelum meneruskan saingan ke pentas akhir bagi memburu gelaran Juara Purina Felix Cat Fashion Week.

Di pentas Separuh Akhir setiap meow-del tampil bergaya bersama pemilik masing-masing menerusi tema, pakaian dan aksesori yang mencerminkan karakter tersendiri.

Penyertaan kali ini melibatkan pelbagai baka seperti British Shorthair, American Longhair, Domestic Shorthair, Persian Mix, Maine Coon, Himalayan Persian, Tuxedo, Ragdoll, Semi Flat Face serta kucing kampung.

Daripada gaya comel dan santai hingga elegan, unik dan mencuit hati, setiap pasangan hadir dengan cara tersendiri untuk memikat perhatian juri. Bukan sekadar soal siapa paling bergaya, keserasian antara kucing dan pemilik, personaliti, kreativiti serta cara pemilik menyerlahkan keistimewaan si bulus turut menjadi antara aspek yang dinilai.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Peserta diadili oleh tiga juri berpengalaman

Bagi menentukan enam pasangan terbaik yang bakal mara ke pentas akhir, peserta diadili oleh tiga juri berpengalaman iaitu Dr. Ima (Dr. Salehahtul Khuzaimah), doktor veterinar dengan kepakaran dalam penjagaan haiwan peliharaan kecil dan eksotik; Yuen Wai, wakil daripada The Federation International Feline (FIFe); dan Mark Adam, penyanyi, pelakon serta pencinta kucing.

Bagi Dr. Ima, kreativiti peserta perlu disertai dengan pemahaman terhadap keperluan dan keselesaan kucing, "Saya suka melihat kreativiti setiap peserta, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu pastikan kucing berada dalam keadaan selesa dan tidak tertekan. Gaya yang cantik akan menjadi lebih bermakna apabila pemilik benar-benar memahami keperluan kucing mereka," katanya.

Yuen Wai pula bukan sahaja menilai chemistry antara kucing dan pemilik, malah turut memberi perhatian kepada aspek persiapan dan perapian kucing sepanjang sesi Separuh Akhir, "Bagi saya, bukan pakaian sahaja yang penting. Saya suka melihat chemistry antara kucing dan pemilik. Perapian kucing juga mencerminkan kasih sayang dan penjagaan pemilik. Kucing yang rapi dan yakin biasanya menunjukkan kucing dijaga dengan baik," katanya.

Sementara itu, Mark Adam menekankan keunikan personaliti setiap kucing serta hubungan mereka bersama pemilik. "Setiap kucing mempunyai personaliti yang berbeza. Ada yang sangat yakin, ada yang pemalu dan ada juga yang sangat aktif. Jadi, apa yang menarik ialah bagaimana pemilik dapat mengenali karakter mereka dan menunjukkannya melalui persembahan," jelasnya.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Jangan lepaskan peluang menyaksikan perjalanan dan ragam para meow-del dalam merebut takhta super meow-del musim ini!

Penonton boleh mengikuti perjalanan mereka melalui segmen Felix Cat Diary dan Purrfection Diary di platform digital TV3, di mana sorotan daripada pertandingan akan disiarkan.

Cat Fashion Week Finale akan ditayangkan di TV3 pada jam 9 malam pada hari Ahad, 25 Oktober.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: