Celimax Malaysia Lancar THE VITA-A Retinal Shot Tightening Dual Cream Baharu
Revolusi anti-penuaan menerusi inovasi 'one press, two formulas'.
Cover image via Celimax MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama penjagaan kulit terkemuka Korea Selatan, Celimax, secara rasminya memperkenalkan inovasi terbaharu mereka di pasaran tempatan menerusi pelancaran THE VITA-A Retinal Shot Tightening Dual Cream
Pelancaran eksklusif ini disempurnakan menerusi acara bertemakan Celimax Coffee Rave yang berlangsung di Flint Cafe, The Curve, Mutiara Damansara baru-baru i. Acara tersebut mengetengahkan pendekatan moden penjagaan kulit anti-penuaan yang berkesan tanpa mengabaikan keselesaan dan kesihatan benteng pertahanan kulit (skin barrier).
Celik dengan cabaran pengguna terhadap produk retinoid konvensional yang kerap mencetuskan kerengsaan atau pengelupasan, Celimax memperkenalkan konsep tiub dwiruang inovatif berkonsepkan "One Press. Two Formulas!". Melalui satu tekanan pam, produk ini mengeluarkan dua emulsi berbeza secara serentak dengan nisbah seimbang bagi memberikan sinergi kuasa Retinal serta ketenangan Panthenol.

Formula dan fungsi THE VITA-A Retinal Shot Tightening Dual Cream
Kombinasi berkembar produk ini menggabungkan dua formula khusus dalam satu picitan:
- Yellow Cream (Firming & Pore Tightening):
- Bahan Aktif: Diformulasikan dengan Retinal (Vitamin A generasi termaju yang bertindak lebih pantas berbanding retinol biasa), disokong oleh 3% Matrixyl®️ 3000 peptida serta Adenosine.
- Fungsi Utama: Merangsang pembaharuan sel kulit, membantu meningkatkan keanjalan, menyamarkan penampilan garis halus, serta memperhalus saiz pori-pori yang ketara.
- Blue Cream (Soothing & Barrier Protection):
- Bahan Aktif: Diperkaya dengan 5% Panthenol (Vitamin B5), Niacinamide, dan sebatian penenang kulit Guaiazulene (yang memberikan warna biru semula jadi).
- Fungsi Utama: Menyalurkan hidrasi mendalam, melegakan keradangan dan kemerahan, serta memperkukuh benteng kulit bagi memastikan penggunaan harian kekal lembut dan selamat.

Gabungan formula berkembar ini membolehkan pengguna menikmati faedah intensif Retinal pada kadar penyerapan optimum dengan risiko kerengsaan yang minimum. Ini menjadikannya pilihan ideal buat pengguna yang baru berjinak-jinak dengan retinoid (beginner-friendly) mahupun mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Sejajar dengan moto global Celimax, jenama ini mengekalkan prinsip kejujuran dalam sains formulasi kosmetik—mengutamakan bahan yang terbukti secara klinikal, bebas daripada pewangi tiruan, telah melalui ujian dermatologi, serta tidak membuat tuntutan ajaib yang mengelirukan.
Pengenalan siri Retinal Shot ini melengkapkan rutin penjagaan malam harian pengguna tempatan yang mencari penyelesaian komprehensif bagi masalah penuaan pramatang, tona tidak sekata, dan tekstur kulit kasar akibat faktor cuaca tropika serta gaya hidup urban.
Rangkaian produk Celimax, termasuk THE VITA-A Retinal Shot Tightening Dual Cream dan Retinal Shot Booster, kini boleh didapati di stor rasmi Celimax di platform e-dagang terpilih serta rakan peruncit kecantikan rasmi Guardian Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


