Panggung Rakyat Pentaskan Mak Yong, Ronggeng & 3 Lagi Persembahan Tradisional Setiap Bulan
Ayuh hidupkan tradisi tanah air turun-temurun!
Kolaborasi antara CENDANA dan DBKL bakal mempromosikan tradisi tempatan dan adat dari 400 tahun dahulu kala serta mengembalikan nostalgia hiburan, muzik dan joget menerusi Panggung Rakyat
Panggung Rakyat akan diadakan pada hari Sabtu minggu ketiga setiap bulan sehingga penghujung tahun 2019 di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Jalan Raja,. berhampiran dengan lokasi ikonik dan bersejarah iaitu Dataran Merdeka dan Dataran Merdeka bersejarah dan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Inisiatif dari CENDANA (Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya) dan DBKL ini bertujuan bagi mempamerkan dan memperlihatkan kepada masyarakat kebanggaan dan keistimewaan budaya Malaysia yang kaya dengan tradisi serta nilai-nilai murni, yang tidak berkesempatan dipamerkan kerana berkemungkinan dilarang dipamerkan di negeri masing-masing.
Tetapi, jangan risau, adat dan tradisi ini akan dibawa dari negeri masing-masing ke Kuala Lumpur untuk khalayak ramai.
Menerusi Panggung Rakyat juga, masyarakat berpeluang untuk menelusuri tentang bagaimana elemen budaya yang indah ini ditenun ke dalam sejarah yang berwarna-warni.
Persembahan pertama Panggung Rakyat dimulakan dengan kesenian yang paling penting dan asli di Malaysia - Mak Yong
Khazanah ini telah diwujudkan oleh masyarakat Melayu di bahagian barat laut Semenanjung pada suatu ketika dahulu. Ia merupakan satu bentuk drama tarian yang penting untuk sejarah negara dan diiktiraf UNESCO sebagai 'Representative in the List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity'.
Mak Yong juga dikenali sebagai satu bentuk seni yang memerlukan latihan intensif selama bertahun-tahun dan hanya diturunkan secara lisan. Seni berusia 400 tahun ini berada di ambang kepupusan serius dengan kurang daripada 10 penghibur veteran Mak Yong di Malaysia.
Istimewanya dalam Panggung Rakyat, persembahan Mak Yong akan diarahkan oleh pakar Mak Yong, Zamzuriah Zahari yang juga merupakan pensyarah ASWARA yang terkenal di peringkat antarabangsa
Persembahan ini akan mempamerkan Tokoh Mak Yong UNESCO Fatimah Abdullah, 3 Adiguru tua, 1 Adiguru muda, dan 1 Tokoh Mak Yong Kelantan.
CENDANA juga akan bekerjasama dengan organisasi seni dan kebudayaan tempatan seperti PUSAKA dan Pusat Penyelidikan Seni Persembahan Nusantara (NusPARC) untuk membawa persembahan seni yang tulen kepada Rakyat Malaysia.
Pada setiap bulan mulai Ogos, persembahan baru akan diadakan di Jalan Raja dari jam 9 malam hingga 11 malam, mempamerkan persembahan tradisional yang berbeza di Malaysia. Jadual adalah seperti berikut:
- 17 Ogos 2019: Persembahan Mak Yong
- 21 September 2019: Tarian Portugis
- 19 Oktober 2019: Tarian Ronggeng
- 16 November 2019: Tarian Kuda Kepang
- 21 Disember 2019: Persembahan Bhangra