seismik

Dah Cuba Cendol Tempurung 'Marvellous' Ini? Hanya Ada Di Batang Benar, Nilai Saja Jang Oi!

Tak sabar rasanya nak cuba!

Cover image via Instagram

Waktu cuaca sebegini, kalau dapat pekena cendol mesti best bukan? Dihidangkan pula dalam keadaan yang sejuk dan manis, pasti menyegarkan!

Mungkin cendol seperti dalam gambar di atas sudah terlalu mainstream dan sering dijumpai. Tetapi bagaimana pula dengan cendol yang dihidang di dalam tempurung begini?

Nampak enak, sedap dan menyelerakan betul.

Inilah yang dipanggil cendol tempurung yang hanya satu-satunya terdapat di Semangkuk Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan

Buat pengetahuan anda, gerai ini terletak di deretan kedai sebelah kiri jalan menghala ke exit Lebuhraya Lekas dan dahulunya gerai ini dikenali sebagai Coconut Shake Batang Benar

Cendol tempurung Semangkuk Batang Benar menghidangkan pelbagai jenis perisa seperti perisa aiskrim, tapai, pulut dan durian

Cendol tempurung durian.

Image via Semangkuk batang benar/Facebook

Cendol tempurung aiskrim

Image via Instagram @iz_mat

Harga untuk semangkuk cendol tempurung tidaklah mahal dan amat berbaloi iaitu RM3.50 semangkuk. Dengan berbekalkan RM3.50 anda boleh memilih perisa kegemaran anda. Dikatakan semuanya sangat sedap namun yang mendapat perhatian ialah cendol tempurung durian. Mesti cuba!

Bukan sedakat cendol, gerai ini juga menghidangkan pelbagai jenis juadah yang lain antaranya termasuklah Mee Kari Ketam yang menjadi kegemaran orang ramai di sini

Rasa ketam yang manis dan berlemak pastinya membuatkan anda tidak berhenti untuk terus makan. Ditambah pula dengan rasa mee kari yang sedikit pedas, pastinya memenuhi citarasa anda terutamanya masyarakat Negeri Sembilan.

Selain Mee Kari Ketam, juadah mee lain juga disediakan seperti Mee Bandung Tulang, Mee Bandung Muar Gearbox Kambing dan Laksa Claypot

Mee Bandung Tulang

Image via Semangkuk batang benar/Facebook

Mee Bandung Muar Gearbox Kambing

Image via Semangkuk batang benar/Facebook

Laksa Claypot

Image via Semangkuk batang benar/Facebook

Dikatakan rasa setiap hidangan mee di sini sangat lain daripada lain dan sangat autentik. Haruman yang keluar saat anda membuka tudung penutup claypot itu juga pasti membangkitkan selera.

Jika anda bukan seorang penggemar mee, jangan risau anda boleh order Nasi Lemak Ayam Kampung ketika berkunjung di sini. Sungguh menyelerakan!

Untuk minuman pula, anda diwajibkan cuba minuman special di sini iaitu Air Kelapa Lemon Laici. Gabungan tiga elemen buah-buahan ini sememangnya amat menyegarkan!

Oreo milkshake dan durian milkshake pun ada di sini untuk anda cuba. Senang cerita semuanya unik dan sedap-sedap belakalah.

Tengok gambar pun dah berselera. Kami sendiri pun rasa tidak sabar ingin berkunjung di sini. Anda bagaimana?

Image via giphy.com

Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook Semangkuk Batang Benar.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah cuba ayam goreng cheese #RM2je? Baca SINI:

Bagaimana pula dengan resipi-resipi ini?

You may be interested in: