seismik

Cerita Penuh Ivan Goh Lee Yang Didakwa Hina Azan Masjid Di Pulau Pinang

Zaman sekarang ini, kita tidak boleh percaya sesuatu cerita bulat-bulat tanpa memeriksa kesahihannya.

Cover image via SAYS.com

Pada 15 April yang lalu, sebilangan umat Islam di Pulau Pinang naik marah apabila sepucuk surat yang mengadu terganggu dengan bunyi azan dan meminta untuk masjid dirobohkan didapati tersebar di laman sosial

Image via suara.tv

Surat itu didakwa ditulis dan disebarkan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Ivan Goh Lee En Tatt menerusi Facebook miliknya

Image via suara.tv

Tanpa membuang masa, ahli Perkasa Pulau Pinang dan Wanita UMNO Bukit Bendera mengadakan bantahan di perkarangan IPD Timur Laut pada hari yang sama

Sebanyak sepuluh laporan polis telah dibuat terhadap pengguna Facebook, Ivan Goh Lee kerana didakwa menghina Islam, pemimpin Melayu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui posting facebook miliknya.

Laporan berkenaan dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang menggesa agar pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadapnya.

therakyatpost.com

Ketua Pemuda Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin turut menggesa agar tindakan diambil terhadap Ivan

Ketua Pemuda Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin.

Image via themalaymailonline.com

"Kami mahu pihak polis menahan dan menjalankan soal siasat terhadapnya secepat mungkin kerana ia adalah satu bentuk penghinaan dan provokasi."

"Kami mahu tindakan sewajarnya diambil ke atasnya yang dilihat tidak sensitif terhadap Islam serta pemimpin yang mampu menggugat keharmonian kaum.
" katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

therakyatpost.com

Posting dari Ivan Goh Lee En Tatt ini juga telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Masing-masing menganggap tindakan Ivan itu sangat biadap dan tidak boleh diterima.

Walau bagaimanapun, Ivan kemudian tampil memberi kenyataan keesokan harinya. Beliau menepis dakwaan tersebut dan membuat laporan polis kerana akaun Facebook berkenaan dikatakan palsu dan bukan miliknya.

Ivan membuat laporan polis.

Image via thesundaily.my

Beliau menyatakan bahawa beliau hanya sedar akan tuduhan yang dilemparkan kepadanya apabila beberapa anggota polis telah datang ke rumahnya di Tanjung Bungah pada tengah malam 15 April.

thesundaily.my

Tambahan pula, beliau mendakwa akaun tersebut sebenarnya dibuat dan dikendalikan oleh dua orang bekas pekerjanya. Motif disebalik perbuatan tersebut bagaimanapun tidak diketahui.

"Akaun Facebook yang digunakan untuk menyebarkan post berunsur hasutan dengan menggunakan nama 'Ivan Gohlee' telah diwujudkan pada 10 April."

"Saya tahu bahawa kandungan post itu sensitif, tetapi saya ingin menggesa orang ramai supaya bertenang dan menunggu hasil siasatan polis. Jangan mengambil tindakan undang-undang anda sendiri," katanya di sidang media yang diadakan di Batu Ferringhi selepas beliau membuat laporan polis mendakwa dua orang pekerjanya pada 16 April.

thestar.com.my

Selepas Ivan tampil membuat laporan polis, orang ramai didapati menyebelahi Ivan dengan mengatakan bahawa akaun itu benar-benar palsu

Pihak polis kini menyiasat kes ini dengan lebih lanjut dan memburu dua individu yang telah didakwa oleh Ivan

Image via thestar.com.my

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid menggesa dua lelaki yang didakwa Ivan iaitu S. Arul Selvam, 29, dan Muhammad Azly Anuar, 23, menghubungi balai polis yang berhampiran secepat mungkin untuk membantu siasatan

thestar.com.my

Isu perkauman dan agama memang sensitif di kalangan rakyat Malaysia. Terkini salib gereja di Taman Medan dikecam dan digesa untuk diturunkan. BACA LAPORAN PENUH DI SINI:

You may be interested in: