Cerita Penuh Kiran Sinar FM Panggil Pendengar "Sakai" Di Radio. Apa Yang Terjadi?
Sedangkan lidah lagi tergigit...
Baru-baru ini, penyampai radio Sinar FM, Kiran mencetus satu kontroversi ketika sedang bertugas
Kejadian ini dilaporkan terjadi pada Sabtu lalu, 14 Mac 2015 dalam segmen Rindu Serindu dimana Kiran secara tidak sengaja berkata "Sakai betul la kau ni" kepada seorang pemanggil yang terputus talian
Perkataan "sakai" itu dianggap terlalu kasar untuk dituturkan bagi seorang penyampai radio profesional seperti Kiran. Tindakan itu menyebabkan ramai netizen marah dan tidak berpuas hati.
Dalam pada Kiran yang menjadi fokus utama, tak semena-mena Sinar FM turut terkena tempias. Difahamkan, para pendengar lebih sukakan tema Sinar sebelum ini iaitu Muzik Retro Terbaik dan bukan Menyinari Hidupmu yang dipakai sekarang.
Setelah menjadi hangat, Sinar FM tampil mengeluarkan kenyataan maaf melalui Facebook. Pihak Sinar mengesyorkan mereka "dikawal oleh kod tatalaku yang ketat dan tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang melanggar kod tersebut."
Adakah kejadian tersebut bakal menghilangkan sinar bagi Sinar FM? Itu tidak benar sama sekali. Walaupun ramai yang tidak puas hati, masih ramai yang terus memberi sokongan terhadap stesen radio berkenaan.
Dalam satu temubual bersama mynewshub, penyampai radio Hot FM, AG memberi pesanan buat semua penyampai radio agar sentiasa berwaspada dan tidak terlalu teruja dalam melakukan pekerjaan mereka.
Bak kata pepatah, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya." Apa-apa pun, kami percaya perkara yang terjadi itu adalah tidak disengajakan. Sebagai seorang manusia, kita tidak akan terlepas dari membuat kesilapan bukan?