Chai Kai Le Lebur Rekod 26 Tahun SUKMA, Raih Emas Acara Rejam Lembing Lelaki
Bukan biasa-biasa, tahniah!
Cover image via Malaysian Athletics (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bukan biasa-biasa lontaran atlet Johor, Chai Kai Le di Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 apabila dia berjaya meleburkan rekod kejohanan yang sudah bertahan selama 26 tahun
Menurut laporan Berita Harian, Kai Le mencatat jarak 64.44 meter (m) dalam percubaan keduanya bagi acara rejam lembing lelaki, sekali gus memastikan pingat emas menjadi miliknya.
Lebih manis, catatan itu memadam rekod lama 62.33m milik atlet Sarawak, Kho Mei Kuan yang dilakukan ketika SUKMA 2000 di Pulau Pinang.

Pingat perak pula menjadi milik wakil Pulau Pinang, Tan Chun Wei dengan catatan 60.43m
Seorang lagi atlet Johor, Mohd Noor Iman Norman turut naik podium selepas mencatat 59.04m untuk meraih pingat gangsa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


