Chef Wan Kongsi Rasa Bangga, Cucu Wakil Skuad Bola Sepak Wanita Negara B-17

Kami pun tumpang bangga!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cef terkenal tempatan, Chef Wan berkongsi rasa bangga atas penglibatan cucu perempuannya wakili skuad bola sepak bawah 17 tahun (B-17) negara

Cucu perempuannya, Isabella Saffiya O'Luanaigh mewakili skuad Malayan Tigress B-17 yang sedang beraksi pada Piala Srikandi Merdeka 2026 di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia.

Menerusi perkongsian di Threads, Chef Wan atau nama sebenar Datuk Redzuawan Ismail berkata pencapaian Isabella dan pasukan kebangsaan amat membanggakan seluruh keluarga.

"Tahniah buat Isabella dan pasukannya atas pencapaian mereka. Saya sangat berbangga dengannya, Alhamdulillah," tulisnya.

Isabella yang kini berusia 14 tahun merupakan pemain tengah skuad Malayan Tigress dengan menyarung jersi nombor 11.

SAYS.com
Image via Chef Wan (Threads)

Dapat tahu menerusi anaknya selepas kemenangan besar Malaysia ke atas Arab Saudi

Menurut Chef Wan, beliau hanya mengetahui perkara itu selepas mengetahui kemenangan besar skuad negara yang menjaringkan sembilan gol menentang Arab Saudi, Selasa lalu menerusi gambar kiriman anaknya, Serina.

"Sebab saya bukanlah seorang peminat sukan bola sepak dan tahu sedikit sahaja perkara tentang sukan ini.

"Bila Rina hantar mesej kepada saya dan Qamal bagi saya semua liputan media barulah saya tahu," katanya.

Skuad muda wanita negara akan menentang Thailand di peringkat separuh akhir esok selepas muncul naib johan Kumpulan A.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik