Kedai Di Mytown Cheras Ini Jual Barang Zaman 1970-90an Yang Tak Ada Kat Tempat Lain. Yass!
Macam-macam ada!
Tatkala mengimbau balik memori-memori semasa kecil, pastinya kita merindui banyak benda. Kalau lihat kanak-kanak zaman sekarang, memang jauh bezanya dengan zaman kita kecil-kecil dulu.
Buat anda yang ingin mengimbau zaman kanak-kanak dulu, kedai Childhood Memory Lane yang terletak di Mytown Cheras ini mungkin kedai yang tepat untuk anda kunjungi.
Macam-macam barangan yang dijual di sini yang pastinya menggamit memori kanak-kanak anda. Contohnya, gam putih lembik kita gunakan sewaktu kelas seni dulu-dulu. :D
Gasing pun ada dijual di sini. Kalau ikutkan memang susah nak jumpa gasing dijual di kedai-kedai biasa zaman sekarang kan?
Bukan permainan tradisional je ada tau, brick game pun ada dijual di sini. Rasanya setiap orang pernah main game ni. Zaman dulu-dulu, PS4 belum ada lagi. Hehe...
Bukan hanya permainan, makanan yang kita selalu beli dulu pun ada contohnya Tora, Ding Dang dan macam-macam lagi
Hehe tiba-tiba teringat pula iklan Tora dekat TV dulu-dulu kan?