seismik

Cikgu Lelaki Ini Jadi Kalut Nak Bagi 'On Point' Bila Anak Muridnya Minta Betulkan Tudung

Comel je cikgunya pun melayan.

Cover image via @suryadivic (TikTok)

Ragam kanak-kanak yang baru melangkah ke alam persekolahan sememangnya banyak mencuit hati

Lebih-lebih lagi bagi murid darjah satu, kerana mereka masih dianggap sebagai budak kecil yang masih naif.

Jadi tidak hairanlah jika mereka sering meminta bantuan daripada guru berkaitan permasalahan yang dihadapi kerana guru merupakan ibu dan ayah mereka di sekolah.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang cikgu lelaki ini apabila dia diminta untuk membetulkan tudung anak muridnya. Videonya viral di TikTok baru-baru ini dan telah mendapat perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@suryadivic

Bila murid perempuan tahun 1 minta betulkan tudung ##cikgukalut ##cikgugelabah ##tiktokcikgu

original sound - imputeraa

Murid perempuan datang minta bantuan untuk betulkan tudung yang senget supaya nampak on point

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Cikgu Suryadi, ia memaparkan gelagat seorang anak murid perempuannya di dalam kelas yang baru masuk darjah satu.

Murid berkenaan secara tiba-tiba datang kepadanya dan meminta tolong Cikgu Suryadi untuk membetulkan tudungnya yang senget.

Walaupun kalut kerana tidak pernah betulkan tudung perempuan, Cikgu Suryadi gigih cuba membetulkan tudung anak muridnya itu agar nampak on point.

Setelah beberapa kali percubaan untuk membetulkan posisi awning tudung, akhirnya tudung anak muridnya itu nampak lebih terletak walaupun masih ada bahagian yang menggelembung.

"Pandainya cikgu betulkan tudung, lepas ni tudung anak sendiri tak ada masalah dah nak betulkan" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video Cikgu Suryadi telah mendapat 44.7K tontonan, 4.9K tanda suka dan lebih 200 perkongsian di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memuji sikap Cikgu Suryadi yang sporting melayankan karenah anak muridnya itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tiba-tiba ramai pula yang nak jadi murid lepas tengok video ni ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: