CIMB Padel Open 2026 Cetus Fenomena, Aidan Yunus Kini Pegang Status Pemain Padel No. 1 Malaysia

Untuk rekod, dua tahun yang lalu Aidan Yunus merupakan seorang pemain skuasy.

Enlarge text
Cover ImageCover image via CIMB Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Landskap sukan raket tanah air menyaksikan satu anjakan dinamik apabila sukan padel kini merekodkan pertumbuhan yang sangat pesat

Buktinya, kejohanan sulung CIMB Padel Open yang melabuhkan tirainya pada 28 Jun lalu telah berjaya menjelma sebagai antara kejohanan padel terbesar di Malaysia tahun ini dengan menghimpunkan seramai 244 pemain daripada 122 buah pasukan dari seluruh dunia.

Kejohanan berprestij tinggi ini dianjurkan secara strategik oleh CIMB dengan kerjasama ASCARO, sebuah syarikat pelopor yang bertanggungjawab memperkenalkan sukan padel di Malaysia. Menariknya, daripada 24 buah negara yang menghantar wakil, hampir 78 peratus daripada keseluruhan grid penyertaan terdiri daripada barisan pemain tempatan.

Rentak persaingan yang terbuka merrentasi kategori usia daripada remaja sehinggalah veteran berusia 50-an ke atas membuktikan sukan padel kini bersifat inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

SAYS.com
Image via CIMB Malaysia

Pencapaian paling mencuri tumpuan dalam ekosistem sukan ini ialah kebangkitan Aidan Yunus

Selepas mengambil keputusan berani untuk beralih arah daripada sukan skuasy (squash) kepada padel dua tahun lalu, beliau kini memegang status sebagai pemain padel nombor satu negara. Aidan yang juga bertindak sebagai Rakan Padel CIMB melahirkan rasa kagum terhadap impak penganjuran ini yang berjaya mengangkat profil sukan padel di peringkat nasional selain membina semangat komuniti yang sangat utuh.

"Sejak berpindah daripada squash ke padel dua tahun lepas, sukan ini memberikan saya rasa komuniti dan tujuan yang kuat. Sokongan daripada jenama besar seperti CIMB membantu mengangkat profil sukan ini, menggalakkan lebih ramai penyertaan dan memacu pertumbuhannya yang berterusan," ujar Aidan Yunus, Rakan Padel CIMB dan pemain padel no. 1 Malaysia.

Prestasi cemerlang Aidan diuji sepenuhnya dalam aksi final kategori profesional lelaki, apabila beliau bergandingan bersama pasangannya, Christian Didier, turun menentang dua pemain profesional dari Sepanyol iaitu Pol Alsina dan Ferran Gonzalez. Walaupun kemenangan akhirnya memihak kepada pasangan Sepanyol tersebut dalam saingan yang amat sengit, gandingan Eropah itu tetap memberikan pujian tinggi terhadap kualiti persaingan tempatan serta standard penganjuran kejohanan yang disifatkan setaraf dengan piawaian antarabangsa. Ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna bagi sukan yang masih bertatih mencari pengiktirafan rasmi di Malaysia.

SAYS.com
Image via CIMB Malaysia
SAYS.com
Image via CIMB Malaysia

Bagi memberikan peluang kepada semua lapisan pemain merasai debaran serta semangat pertandingan sebenar, CIMB Padel Open telah menyediakan empat kategori kecekapan yang berbeza bagi kedua-dua kumpulan lelaki dan wanita iaitu kategori Pemula (Beginner), Pertengahan (Intermediate), Pertengahan Atas (Upper-Intermediate), dan Pro (Professional). Pendekatan strategik ini berjaya mencerminkan masa depan cerah sukan ini di pasaran tempatan, seperti yang dikongsikan oleh pucuk pimpinan CIMB.

"Sebagai langkah pertama CIMB dalam dunia padel, amat menggalakkan menyaksikan semangat dan penyertaan yang tinggi terhadap sukan ini. Padel masih dalam fasa membangun, dan cara kejohanan ini berlangsung mencerminkan momentumnya yang semakin meningkat. Kami teruja untuk menyaksikan sukan ini berkembang ke tempat yang lebih tinggi," kata Gurdip Singh Sidhu, Ketua Pegawai Executif, CIMB Malaysia dan CIMB Bank Berhad.

SAYS.com

Ketua Pegawai Executif, CIMB Malaysia dan CIMB Bank Berhad, Gurdip Singh Sidhu

Image via CIMB Malaysia

Lebih daripada sekadar perebutan trofi kemenangan, penganjuran kejohanan ini merupakan manifestasi fizikal kepada hala tuju jenama CIMB, iaitu "Moving You Forward", yang dibawa keluar dari sektor kewangan tradisional terus ke gelanggang sukan. Menerusi kontrak perkongsian strategik selama setahun bersama ASCARO selaku pelopor padel negara, pelanggan di bawah segmen CIMB Preferred kini turut diberi kemudahan eksklusif untuk menikmati akses menggunakan gelanggang padel secara percuma.

Kejohanan berskala besar ini turut dijayakan dengan sokongan padu daripada pelbagai organisasi penjenamaan terkemuka termasuk Sun Life, ASCARO Academy, Poddium, Foodie Media, Parachute Production, Regen Physio, Kimpton Naluria Kuala Lumpur, SharkNinja, The Contrast Club, Sweat Bee's Fitness, Vitamin Well, Evian, Coca-Cola dan Nestlé.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: