Cristiano Ronaldo Akhirnya Sah Berkahwin, Kini Rasmi Bergelar Suami Georgina Rodriguez

Tahniah!

Enlarge text
Cover ImageCover image via AFP & @cristiano (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cristiano Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez, dilaporkan sudah berkahwin dalam satu majlis di pusat peranginan Cascais, Portugal, pada Selasa, menurut wakil bintang bola sepak berkenaan

Menerusi laporan AFP, Ronaldo, 41, berkongsi gambar tangan mereka yang menyarungkan cincin perkahwinan menerusi akaun Instagram miliknya dengan kapsyen: "C ❤️ G".

Lima anak pasangan itu turut menghadiri majlis yang disifatkan sebagai 'peribadi dan intim', menurut Brunswick Group yang mengendalikan urusan perhubungan awam pemain berkenaan.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan tepat setahun selepas Rodriguez, 32, mengumumkan pertunangan mereka menerusi Instagram.

Kedua-duanya bertemu pada 2016 ketika Rodriguez bekerja di sebuah kedai Gucci di Madrid, dengan Rodriguez menyifatkan pertemuan itu sebagai 'cinta pandang pertama'.

Pasangan itu mempunyai lebih 750 juta pengikut secara keseluruhan menerusi akaun media sosial masing-masing

Ronaldo yang mewakili Portugal pada Piala Dunia musim panas ini dan tersingkir pada pusingan 16 terakhir, kini beraksi bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

Bekas penyerang Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu memenangi Ballon d'Or sebagai pemain terbaik dunia sebanyak lima kali.

Rodriguez pula meningkatkan popularitinya menerusi rancangan Netflix berjudul 'I Am Georgina'.

Mereka turut memiliki portfolio pelaburan yang merangkumi jenama fesyen dan rangkaian hotel.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik