Cuba Sorok Bawah Tilam Elak Ditahan, Dua Pelajar Kolej Dicekup JAINJ
Menurut JAINJ, pemeriksaan dibuat selepas wanita terbabit mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum membuka pintu bilik.
Cover image via Berita HarianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Cubaan seorang pelajar lelaki bersembunyi di bawah tilam bagi mengelak ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak berhasil apabila dia dan pasangannya dicekup dalam operasi khalwat di sebuah hotel di Pasir Gudang, semalam
Menurut laporan Berita Harian, dalam operasi kira-kira jam 9.15 pagi itu, penguat kuasa JAINJ menemui lelaki berusia 19 tahun berkenaan berbaring meniarap di bawah tilam, manakala pelajar wanita berusia 19 tahun berada di atas katil.
Menurut JAINJ, pemeriksaan dibuat selepas wanita terbabit mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum membuka pintu bilik.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianImage viaWanita itu turut didapati enggan beralih dari katil ketika ditanya penguat kuasa, sekali gus menimbulkan kecurigaan.
Keadaan bilik yang berselerak serta penemuan sepasang kasut lelaki turut menguatkan syak wasangka bahawa terdapat individu lain di dalam bilik tersebut.
"Penguat kuasa meminta wanita itu bangun dari katil dan mendapati seperti ada seseorang berada di bawah tilam.
"Selepas dipanggil beberapa kali, kelihatan sebelah tangan keluar dari bawah tilam sebelum pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki sedang berbaring meniarap di situ," katanya.
Siasatan mendapati kedua-duanya merupakan pelajar kolej di Pasir Gudang dan masih belum berkahwin
Lelaki terbabit berasal dari Terengganu, manakala wanita berkenaan dari Johor.
Pasangan itu kemudiannya ditahan sebelum ibu bapa masing-masing hadir sebagai penjamin.
Mereka dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu proses pendakwaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor dan pasangan berkenaan akan didakwa di Mahkamah Syariah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


