"Cubaan Loan Gagal" - Minta Duit Untuk Beli Tiket BLACKPINK, Reaksi Ibu Pula Curi Tumpuan
Awal-awal dia dah reject.
Siapa yang tidak kenal penyanyi berkumpulan dari Korea Selatan iaitu BLACKPINK
Mereka ini merupakan artis K-Pop yang popular dan menjadi fenomena di dunia. Malah, baru-baru ini tular sebuah berita tentang konsert mereka yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada Mac 2023.
Berita itu membuatkan ramai peminatnya ternanti-nanti akan kemunculan mereka di Malaysia.
Sama seperti sebuah posting yang tular di laman sosial ini, apabila seorang pemuda mencuba nasib untuk meminjam wang daripada ibunya. Namun, reaksi si ibu pula telah mengundang tawa ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Si ibu terus reject 'mentah-mentah' permintaan si anak
Menerusi posting berkenaan, dia menunjukkan gambar perbualan di WhatsApp bersama ibunya.
Melalui perbualan tersebut, dia mencuba untuk meminjam duit ibunya tetapi gagal dek kerana harga tiketnya yang terlalu mahal.
Lebih melucukan lagi, si ibu siap offer dirinya untuk memakai serba serbi warna pink untuk menggantikan konsert BLACKPINK itu.
"Hahaha, mak dia nak pakai pink terus. Esok dia start praktis dah tu, konsert untuk anak dia" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 8,394K retweets, 990 quote tweets dan 18.8K likes di Twitter, rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!