seismik

Curi Barang Sorok Celah Kangkang, 3 Wanita Larikan Barangan Farmasi Bernilai RM400

'Geng Kangkang' kembali lagi!

Cover image via Astro Awani

Tiga wanita yang dikenali sebagai 'Geng Kangkang' kembali aktif menjalankan kegiatan mencuri selepas dikesan mengambil tiga pek makanan tambahan bernilai RM400 di farmasi di Simpang Balai Polis Dungun, Selasa lalu

Anggota sindiket 'Geng Kangkang' dirakam menerusi CCTV ketika mencuri barangan di farmasi di Dungun.

Image via Astro Awani

Mereka yang sebelum ini pernah mencuri di beberapa negeri itu didakwa ke farmasi berkenaan dengan kereta dipandu seorang lelaki kira-kira 4.30 petang.

Dalam kejadian itu, dua suspek yang berusia sekitar 30-an berpura-pura bertanyakan kepada seorang pekerja tentang barangan yang dipamerkan di farmasi itu.

Manakala seorang lagi suspek bergerak ke sebuah rak untuk melihat ubat-ubatan sebelum memasukkan barangan tersebut di celah kangkangnya.

Bagaimanapun, kedatangan mereka bertiga dicurigai pengurus farmasi terbabit yang berada di dalam pejabatnya sebelum keluar dan bertindak mengekori seorang suspek yang sedang berpura-pura mencari ubat di kawasan rak jualan

Image via Astro Awani

Noor Amiza Ismail, 32, mendakwa dia mengesyaki kumpulan wanita berkenaan yang berusia lingkungan 40-an itu adalah Geng Kangkang seperti yang pernah ditularkan di media sosial.

"Sebenarnya saya sudah tahu tentang mereka. Waktu awal-awal buka farmasi, saya sudah maklumkan pada pekerja tentang tiga wanita ini. Tetapi sewaktu kejadian, tidak terlintas di fikiran yang wanita-wanita itu adalah tiga suspek yang dicari," kata Nor Amizah.

Suspek segera membuat bayaran ubat bernilai RM10 sebelum bergegas keluar kerana mungkin menyedari kegiatan mereka dikesan. 

Noor Amiza kemudiannya segera membuat pemeriksaan di rak jualan dan rakaman CCTV sejurus kumpulan wanita itu beredar

Image via Astro Awani

Dia mendapati tiga pek makanan tambahan di premisnya itu bernilai RM400 sudah hilang.

"Hasil penelitian terhadap CCTV mendapati wanita berkenaan memasukkan pek barang terbabit di dalam skirt labuh dipakainya.

"Saya berharap agar orang ramai serta pemilik farmasi yang lain lebih berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa kumpulan terbabit.

"Syukur Alhamdulillah, saya tiba di kedai awal jadi mereka tak sempat ambil banyak barang dari farmasi ni," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: Astro Awani, Harian Metro

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pencuri-pencuri ni memang cekap!

You may be interested in: