Sekumpulan Lelaki Curi iPhone Wanita Ini Di KLCC Kemudian Menyamar Jadi 'Apple Support'
Tak sampai 5 saat dah hilang.
Artikel ini merupakan sebuah tulisan dan sumbangan daripada Fizliyana Hilda melalui blog peribadi fhildagreat.blogspot.my dan diterbitkan semula oleh SAYS atas keizinan.
Sedikit perkongsian dengan semua agar lebih berhati-hati dan menjadi teladan buat semua.
Sabtu lepas, saya dan family ke KLCC. Malang kali ini kerana iPhone6 saya telah diambil dari bag tangan saya. Kejadian berlaku di Bath & Body Works, KLCC.
Memang sebelum itu, saya perasan ada lelaki ni berjalan rapat dengan saya dan asyik melihat saya, bila saya masuk ke kedai tersebut. Tiba-tiba dia tak jadi masuk pula. Saya hairan dan rasa tak sedap hati, terus tengok handbag, phone dah hilang!
Kemungkinan besar, kecurian ini dilakukan oleh 3 individu, hanya beberapa saat sahaja untuk ambil barang peribadi anda. Perhatikan gambar berikut in sequence:
Dihadapan saya, lelaki berpakaian kemas, beg silang Gucci. Dibelakang saya, ada couple (lelaki berbaju hitam & perempuan)*
Apabila saya masuk kedai tersebut, tiba-tiba lelaki tu tak jadi masuk. Saya stop la kejap sambil pandang je laki tu (tadi beriya-iya sangat nak jalan rapat nak masuk kedai, tibe2 tak jadi masuk plak. Pelik juga sebab apa lelaki tu sorang nak buat kat kedai barangan perempuan kan. Masa ni jugak la kemungkinan 'aktiviti curi iphone' ni berlaku, perasan tak couple tadi betul betul belakang saya. Kami berempat berada di spot yang sama.
Lepas tu lelaki yg block tadi dah kemana tah, then laki berbaju hitam tu pun beransur dan ada pandang kat saya bila saya terus berjalan masuk dalam kedai. Masa itu hati tak sedap dah, terus cepat cepat nak ketepi and check handbag.
Lepas couple tu dah takde, mamat yang halang jalan tadi boleh tunggu jap depan kedai. Agaknya nak check line clear ke tak. Ataupun nak tengok sama ada saya dah perasan yang phone saya dah takde.
Sepantas kilat dierang ni buat kerja. Memang cara kerja ni berkumpulan, cube tengok ni, mungkin dapat bantu anda untuk elakkan peluang "pick pocket". Sorang tukang alihkan perhatian kita, sorang lagi tu jalankan kerja mencuri. Bag tertutup pun takde hal, boleh ambil juga barang. Cuba lihat video ini:
Lepas tu, bila call no hp saya, dah masuk voicemail. Memang dah lesap la jawabnya. Saya cepat-cepat gunakan aps "Find My Phone" untuk locate phone saya dan terus aktifkan "Lost Mode". Kita boleh tinggalkan message macam "this is a stolen phone, please return it" dan masukkan no fon lain yang boleh dihubungi. Kita akan letak sekali passcode/pin number. Jadi bila owner jumpa balik phone tu, dia je yang tau pin number tu so bolehla unlock iPhone tu.
Bila phone dah off memang tak dapat detect location. 30 min lepas tu, phone on, lepas tu dia off balik dan 5 min kemudian, on balik. So dapat la detect location terakhir phone tu. Lepas tu, 3 hari saya tunggu, telefon tu tak on pun, maka tak dapat lah nak detect location.
Tiga hari kemudian, saya dapat message ni. Siapa tak excited dapat update location terkini iPhone yang kena curi tu kan. Tanpa berfikir panjang (sambil mengharap untuk dapatkan balik iphone kesayangan), saya pun klik link tersebut.
Sekali lagi, tanpa berfikir panjang, nampak je perkataan "Apple Support" tu, terus saya key in Apple ID dan password. Kesalahan paling bodoh yang saya lakukan! Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula. Dah la iphone kena curi, lepastu, kena plak scam ni dan surrender password siap. Sah, memang dah terkena perangkap.
Pada asalnya, saya dapat track both iPhone saya (yang kena curi dan yang baru), screen keluar macam ni. Yang bawah tu ada logo lock. Itu iPhone yang kena curi tu, lock dan phone lost mode.
Saya cepat-cepat hubungi Apple Support (risau lah kan sebab Apple ID & password dah bocor. Masa tu panik tak ingat, tak boleh fikir apa dah.
For Apple Support Malaysia, boleh dial 1-800 803 638
Diorang suggest saya cepat cepat tukarkan Apple ID password saya dan katanya, don't worry, account saya selamat sebab dia check system tiada aktiviti pelik, selain dari penukaran password yang saya telah buat.
Dalam masa 5 min, iPhone yang kena curi tu, terus hilang dari radar saya. Terus takde dah dalam lost mode. Nampaknya, berjaya pencuri tu padamkan status lost mode dan terus hilangkan iPhone tracking tu dari saya.
Hebat betul pencuri alaf ini. Sehebat-hebat iPhone yang dikatakan mustahil untuk di unlock, terutamanya bila on lost mode dan lock, berjaya juga pencuri tu padamkan status lost mode.
Saya kurang pasti samada dengan Apple ID dan password tu dia boleh akses phone saya untuk lihat gambar dan sebagainya. Bila saya pergi ke service provider (DiGi), dia cakap bila iPhone in lost mode, pencuri kena tau pin number yang kita set tu baru boleh unlock phone dan akses phone kita. Tapi ni , siap boleh padamkan status lost mode. Hebat betul.
Lepas saya tukar password Apple ID saya, harini, saya dapat pula message ni. Tapi kali ni dah bijak la sikit, saya abaikan je message ni. Agaknya dia nak password terbaru saya?
Jangan ulangi kesilapan saya;
1. Tak check no tel SMS tu dan link yang diberikan
2. Ni kesilapan paling besar, pergi bagi username & password.
Rupa-rupanya, saya dapat tahu, ramai yang jadi mangsa seperti saya, modus operandi yang sama, hari yang sama, iPhone juga, SMS dari no telefon yang sama dan link yang sama! tapi dekat Pavillion. Dia pun kongsi pengalaman iphone isteri kena curi.
Nampaknya, bukan saya sahaja, ramai lagi, seperti: http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=26865
Jadi, berwaspadalah pengguna iPhone sekalian. Jangan jadi mangsa seperti saya.
Bila jalan tu especially tempat yang sesak, lihat kiri kanan dan be alert dengan persekitaran anda. Handbag tu kalau boleh pakai yang jenis sling, bagi kedepan, supaya kita dapat lihat.
Bila saya tanya pekerja kedai tersebut, "Selalu ke jadi kes ni?", jawapan dia "memang selalu, hampir tiap minggu ada kes. Handphone, purse/wallet, kadang tu siap potong tali handbag terus!" Ok yang ni scary.
Sedih dan sakit hati rasanya. Tapi nak buat camana, benda dah jadi. Move on je lah. Semoga apa yang jadi pada saya, tak jadi kepada orang lain. Be safe everyone.
Sumber: Fhilda Great
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!