seismik

"Dah La Cantik, Murah Pula Tu!" - Jom Usha 6 Vacuum Cleaner Slim & Stand Di Shopee Ini

Anda boleh dapatkan semua vacuum ini di Shopee.

Cover image via Shopee Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Vacuum cleaner merupakan salah satu barangan elektrik yang sangat penting untuk membersihkan rumah

Walaupun penyapu masih relevant digunakan pada zaman sekarang, namun anda juga perlukan vacuum cleaner bagi memastikan rumah lagi bersih dan terhindar dari habuk-habuk kecil.

Bagi anda yang masih tidak tahu dekat mana nak cari vacuum cleaner yang berkualiti dengan harga berbaloi, kami akan kongsikan beberapa jenama terbaik dan paling ramai beli di Shopee.

Buat apa susah-susah nak pergi beli dekat kedai sedangkan anda boleh shopping melalui online bukan? Semuanya di hujung jari, tinggal add to cart dan bayar saja.

Jom kita tengok 6 jenama terbaik vacuum cleaner bawah RM200 daripada beberapa kedai trusted di bawah:

1. REDBUZZ 2in1 Powerful Suction 800W S1007 Portable Handheld Stick Vacuum Cleaner

Image via Shopee

Vacuum cleaner jenama REDBUZZ ini sangat mesra pengguna dan jimat tenaga. Ia juga anti bakteria dan mudah terhindar dari kekotoran serta mempunyai sedutan yang kuat. Ini adalah vacuum cleaner yang paling murah antara lima jenama lain di bawah.

Harga: RM69.90
Untuk pembelian, anda boleh klik di sini.

2. Midea Handheld Vacuum MVC-SC861B

Image via Shopee

Mempunyai reka bentuk 2 in 1, vacuum jenama Midea ini juga didatangkan bersama bekas habuk lutsinar. Ia juga ringan dan mesra pengguna. Selain itu, terdapat juga tempat menggantung tali untuk memudahkan anda meletakkan di mana-mana saja selepas menggunakannya.

Harga: RM79.00
Untuk pembelian, anda boleh klik di sini.

3. 1000W Portable Cyclone Vacuum Cleaner Dust Acarid Dust-Mite

Image via Shopee

Vacuum cleaner mudah alih ini mempunyai penapis habuk yang boleh dicuci. Ia juga tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu bising dan reka bentuk pegangan ergonomik di mana ia senang untuk diangkat.

Harga: RM79.90
Untuk pembelian, anda boleh klik di sini.

4. Morgan Upright Handheld Stick Vacuum 600W MVC-CYCLONE60 MVC-Cyclone 60

Image via Shopee

Penapis siklon ini dilengkapi dengan teknologi pengasingan habuk dan kotoran untuk menghasilkan prestasi vacuum yang optimum. Penapisnya juga boleh dicuci serta mendapat kelulusan daripada SIRIM.

Harga: RM92.90
Untuk pembelian, anda boleh klik di sini.

5. 2in1 Handheld Cord Vacuum Cleaner Cyclone 18000Pa Strong Suction 1000W Dust Collector

Image via Shopee

Vacuum 2 in 1 ini mempunyai pelbagai fungsi dan hanya menggunakan butangnya untuk menukar fungsi lain. Ia juga boleh membersihkan tempat-tempat yang sukar dijangkau. Selain itu, sistem ekzosnya didatangkan dengan kawalan suhu serta penapisan sekunder yang berkesan.

Harga: RM125.00
Untuk pembelian, anda boleh klik di sini.

6. Riino Evolution V8 Super Cyclone Vacuum Handheld 5M Bagless (15000 Pa) RO-585F

Image via Shopee

Vacuum ini tiada had umur bateri dan sesuai untuk semua jenis permukaan. Di samping itu, ia mempunyai reka bentuk ergonomik dengan tiub laras di mana senang untuk dibawa dan digunakan di mana-mana saja.

Harga: RM129.00
Untuk pembelian, anda boleh klik di sini.

Haa, dah fikir ke vacuum mana yang menjadi pilihan hati? Choose wisely ya! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: