“Dah Solat Subuh?” – Soalan Pertama Cikgu Kepada Murid Setiap Pagi Jadi Perhatian
Alhamdulillah, bagus cikgu didik anak murid solat dulu sebelum belajar.
Cover image via @mohdhaizularny (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap guru ada cara tersendiri untuk mendidik anak murid
Namun pendekatan yang dilakukan seorang guru ini telah mencuri perhatian ramai apabila beliau bukan sekadar menyambut murid di pintu pagar sekolah, malah memastikan mereka sudah menunaikan solat subuh sebelum memulakan sesi pembelajaran.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Haizul Arny di TikTok, beliau dilihat menyapa setiap murid yang tiba di sekolah dengan mesra sambil bertanya satu soalan mudah.
"Dah solat subuh?"
Bagi murid yang menjawab belum, guru berkenaan tidak memarahi mereka. Sebaliknya, beliau menyediakan sejadah di koridor sekolah supaya mereka dapat menunaikan solat subuh terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas.


Menurutnya, usaha itu bukan bertujuan menghukum, sebaliknya untuk membiasakan anak-anak dengan kewajipan sebagai seorang Muslim sejak usia muda
"Tahniah kepada ibu bapa yang berjaya mengejutkan anak awal pagi dan solat subuh bersama. Kita doakan anak-anak yang bangun subuh cemerlang," katanya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang menyifatkan pendekatan guru itu sangat baik dalam membentuk sahsiah murid.

Rata-rata berpendapat didikan sebegini mampu memupuk disiplin dan rasa tanggungjawab terhadap ibadah tanpa menggunakan pendekatan yang keras.
Malah, ramai turut mendoakan agar lebih ramai guru dan ibu bapa dapat berganding bahu dalam mendidik anak-anak bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga memiliki akhlak dan pegangan agama yang baik.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


