seismik

Baru 48 Jam Ditubuhkan, THM Berjaya Kumpul RM18 Juta, 2 Kali Ganda Jumlah Semalam!

Peningkatan sebanyak 163% berbanding jumlah yang dikutip semalam!

Cover image via Malay Mail

Tabung Harapan Malaysia (THM) yang ditubuhkan bagi tujuan menangani masalah hutang negara sudah menjana RM18 juta hasil sumbangan rakyat Malaysia

Perkara ini telah disahkan sendiri menerusi laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Menurut Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng, jumlah pengumpulan dana akan diumumkan setiap hari pada jam 3.00 petang.

Walau bagaimanapun, orang ramai disaran agar berhati-hati dalam membuat transaksi wang ke THM

Ini kerana sudah beberapa poster dana THM yang mengandungi nombor akaun palsu tersebar di media sosial.

Poster tipu yang mirip poster rasmi THM, namun mengandungi nombor akaun palsu yang tidak wujud, terus tersebar menerusi platform WhatsApp, Twitter dan lain-lain.

Mereka yang memasukkan wang ke akaun tersebut dinasihatkan supaya memeriksa nombor dan nama pemegang akaun sebelum mengesahkan transaksi.

Nombor akaun rasmi THM adalah 5660 1062 6452.

Nombor akaun Maybank itu dengan nama pemegang akaun yang disenaraikan adalah ‘Tabung Harapan Malaysia’.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: