seismik

Dapat Keputusan Cemerlang Dalam STPM, Anak Tunaikan Permintaan Ibu Nak Naik Pentas Bersama

Dapat juga anak dia tunaikan.

Cover image via @1mr4n_1504 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran pasti membuatkan kita merasa gembira

Apatah lagi selepas usaha kita siang dan malam belajar membuahkan hasil dengan kejayaan. Antara insan yang paling gembira sudah tentu kedua ibu bapa kita. Doa mereka sentiasa mengiringi kita untuk memperoleh kejayaan.

Seperti video di TikTok ini selepas seorang pemuda menunaikan permintaan ibunya yang mahu naik ke pentas atas kejayaan anaknya.

Tunaikan permintaan seperti ibu mahu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda telah dipanggil untuk naik ke atas pentas selepas dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2023).

Difahamkan, ibunya ada meminta untuk naik ke pentas bersama atas kejayaan anaknya itu.

"Alhamdulillah, walau tak rata tapi dapat penuhi permintaan Umi," tulisnya.

Lihat video itu di bawah:

@1mr4n_1504 Alhamdulillah...walau tk rata tpi dpt penuhi permintaan umi #stpm2023 #resultstpm #batch04 #smksg Shout Out X Blank Space - ASomeOne

Ibu dia mesti bangga dengan kejayaan anak :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: