seismik

Data Peribadi Kena 'Hacked'? Ini Perkara Yang Anda Patut Tahu & Lakukan Sekarang

Do it now before it's too late!

Cover image via The Guardian & Kaspersky

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pada zaman globalisasi ini, semestinya semua maklumat dan informasi boleh didapati dihujung jari saja

Pelbagai fungsi yang boleh dilakukan hanya menggunakan perkhidmatan internet sebagai contoh transaksi pembelian dalam talian dan lain-lain. Kita pasti mahukan keselamatan yang terjamin terhadap semua data peribadi kita bukan?

Apabila menggunakan sesuatu laman web, kita perlu berhati-hati sebab takut berlakunya kebocoran maklumat. Itu yang jadi kadang-kadang ada nombor telefon tak dikenali menelefon kita, atau dapat surat daripada agensi yang tidak berkaitan dengan kita. Jadi sejauh mana sebenarnya keselamatan data peribadi kita di alam maya?

Tahukah anda, segala data dan maklumat yang kita isi semasa membuat sebarang pendaftaran merupakan data peribadi kita. Ia boleh direkod secara elektronik dan juga manual. Data peribadi pula meliputi maklumat asas dan sensitif seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon, rekod perubatan dan tahap kesihatan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Emotiv

Maklumat ini boleh memerangkap diri kita jika terjatuh ke tangan pihak yang tak sepatutnya dalam keadaan yang kita tidak perasan

Jadi disebabkan isu ini, Akta Perlindungan Data Peribadi (ADPD) diwujudkan bagi melindungi data kita daripada disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, ini perkara yang patut anda lakukan demi keselamatan data peribadi anda: 

1. Ambil tahu data peribadi dan hak kita

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kaspersky

Menurut Jazannul Azriq Aripin, Eksekutif Kanan Outreach, CyberSecurity Malaysia, antara data peribadi yang kita perlu tahu bukan hanya nama penuh dan alamat rumah, tetapi nombor telefon, email, gambar kita, termasuk imej rakaman CCTV, semua itu merupakan data peribadi kita. Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan kakitangan dalam sesebuah organisasi mempunyai kebolehan untuk melihat dan juga mengambil data peribadi pelanggannya.

Pekerja di agensi bank, mempunyai akses ke dalam data peribadi kita. Namun, mereka terikat dengan integriti, etika kerja serta terma syarat kerja yang memerlukan mereka menjaga data dan privasi kita. Sebenarnya, kita perlu akui bahawa data-data yang kita setuju untuk berikan itu boleh digunakan oleh organisasi tersebut. 

Terdapat satu klausa membenarkan dan memberikan kuasa kepada penyedia perkhidmatan untuk menggunapakai maklumat kita. Bagaimanapun, kita sebagai pengguna pula mempunyai hak untuk mengetahui sejauh mana dan bagaimana data peribadi yang kita beri semasa membuat pendaftaran itu digunakan.



2. Buat aduan ke pesuruhjaya perlindungan data peribadi

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wiser

Apabila kita memberikan maklumat diri kepada pihak perkhidmatan bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan mereka, secara tak langsung kita telah berikan kebenaran untuk mereka gunakan data peribadi kita. Sebenarnya tidak kira dalam peringkat usia apa pun, apabila kita mendaftarkan diri pada mana-mana laman sosial atau aplikasi, ia juga sudah dikira sebagai memberikan data peribadi kita.

Apa yang lagi bahaya, data-data kita ini semua berpotensi untuk dicuri oleh penggodam di alam maya dan kemudian dijual. Sebab itulah kalau boleh kita kena sentiasa mengemas kini kata laluan kita dan meletakkan kata laluan yang sukar. Selain itu, sekiranya anda rasa data anda telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, anda boleh buat aduan terus ke Pesuruhjaya Pelindungan Data Peribadi.

Semoga tips dan informasi yang dikongsikan ini dapat dipraktikkan oleh kita bersama. Anda boleh dengar kisah yang berkaitan topik hari ini di sini untuk dengar lebih lanjut.

Penulis: Hamka

Kool FM memberi anda segala berita terkini, isu-isu semasa yang trending dan juga berita hiburan yang terbaru.

Dengarkan topik menarik di Kool FM dengan hanya klik di SINI!

Image via Kool FM

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: